UMNO Johor Mahu Semua Jawatan Dipertandingkan

UMNO Johor Mahu Semua Jawatan Dipertandingkan

JOHOR BAHRU 21 Mei – UMNO Johor membuat keputusan supaya semua jawatan tertinggi parti perlu dipertandingkan, sekali gus memberi peluang parti untuk terus melakukan perubahan. Pengerusinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, menerusi pemilihan itu UMNO perlu mempamerkan kesungguhan untuk berubah dan memberikan ahli memilih pemimpin yang boleh membawa perubahan kepada parti. “Kita setuju semua […]

Najib Kesal Kekalahan BN Kerana Penyelewengan Fakta

Najib Kesal Kekalahan BN Kerana Penyelewengan Fakta

PEKAN, 20 Mei – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau tidak terkilan dengan kekalahan Barisan Nasional (BN) dan UMNO dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu tetapi apa yang membuatkan dirinya kesal adalah kerana kekalahan itu disebabkan penyelewengan fakta yang sebenarnya. Jelas beliau, menang dan kalah adalah adat pertandingan tetapi […]

Sultan Johor namakan semut ‘Echinopla Tunku-Abduljalilii’

Sultan Johor namakan semut ‘Echinopla Tunku-Abduljalilii’

JOHOR BAHRU – Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar perkenan menamakan spesies semut Echinopla baharu ditemui Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sebagai Echinopla Tunku-Abduljalilii. Ketua Pusat Pemeliharaan dan Penggunaan Mapan Sumber-Sumber Semula Jadi (CoR-SUNR), Fakulti Sains Gunaan Dan Teknologi UTHM Prof Datin Dr Maryati Mohamed berkata, spesies baharu daripada jenis kumpulan Echinopla itu […]

Kelangsungan Politik UMNO Berpaksikan Sokongan Padu Ahli – Zahid

Kelangsungan Politik UMNO Berpaksikan Sokongan Padu Ahli – Zahid

KUALA LUMPUR, 19 Mei – Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas  presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kelangsungan politik UMNO hari ini berpaksikan kepada sokongan padu ahli pelbagai peringkat dan keyakinan sepenuhnya kepada kepimpinan parti. Menurut beliau hilangnya penguasaan UMNO sebagai kerajaan samalah seperti kerosakan sebuah rumah agam dengan hampir terbakar hangus […]

UMNO Tak Berdepan Masalah Untuk Pemilihan Parti – Tengku Adnan

UMNO Tak Berdepan Masalah Untuk Pemilihan Parti – Tengku Adnan

KUALA LUMPUR, 19 Mei – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memaklumkan bahawa UMNO tidak berdepan dengan sebarang masalah berkaitan pemilihan seluruh jawatankuasa termasuk Majlis Tertinggi UMNO. Katanya, berdasarkan surat bertarikh 31 Oktober 2017, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia tidak mempunyai apa-apa halangan untuk membenarkan Pemilihan Majlis Tertinggi UMNO dijalankan selewat-lewatnya pada 19 […]

Mesyuarat Cawangan Peluang Terbaik Perbetul Tekad Perjuangan UMNO – Hishammuddin

Mesyuarat Cawangan Peluang Terbaik Perbetul Tekad Perjuangan UMNO – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 19 Mei – Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyeru seluruh ahli menggunakan mesyuarat di peringkat cawangan yang akan bermula tidak lama lagi sebagai peluang yang terbaik untuk memperbetulkan tekad perjuangan UMNO. Beliau berharap seluruh ahli memanfaatkan ruang dan kesempatan dalam mesyuarat tersebut untuk bermuhasabah dan perbaiki […]

Hishamuddin Ajak Ahli Insafi Kesilapan Lalu

Hishamuddin Ajak Ahli Insafi Kesilapan Lalu

KUALA LUMPUR 18 Mei – Pemangku Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein hari ini mengajak semua ahli UMNO untuk menginsafi kesalahan lalu untuk melangkah maju ke hadapan. Malah beliau turut menyeru supaya semua ahli tidak sesekali mengalah dan menyerah dan mahu mereka bertekad untuk bangkit demi memulihkan parti. “Kita harus gunakan segenap ruang […]