Dewan Rakyat Bertafakur Seminit Bagi Memperingati Mangsa Helikopter Terhempas

KUALA LUMPUR, 6 April – Dewan Rakyat hari ini bertafakur selama seminit bagi memperingati pemergian Anggota Parlimen Rompin, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dan lima lagi mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter di Semenyih Sabtu lepas. Seluruh anggota parlimen beragama Islam diminta menyedekahkan Al-Fatihah buat mangsa manakala wakil rakyat bukan Islam bertafakur sebagai tanda memperingati […]

Gunakan Kuasa Pengguna Ajar Peniaga Ambil Kesempatan – Norrulhuda Marsidin

KUALA LUMPUR, 3 April – `Gunakan Kuasa Pengguna’, ‘Customer Always Right’, adakah ini hanya sekadar ungkapan yang biasa kita dengar, atau kita sebagai pengguna benar-benar menggunakan kuasa tersebut dalam mempertahan haknya sebagai pengguna. Mungkin ianya satu persoalan, namun ungkapan-ungkapan ini tidak akan bermakna dan ia tidak mendatangkan apa-apa kesan sekiranya seseorang individu tidak mempunyai maklumat […]

250 000 penguna terjejas, tumpahan diesel

JOHOR BAHRU – Dua loji rawatan air Sungai Johor dan loji rawatan air Semangar, Kota Tinggi dihenti operasi sejak awal pagi ini akibat terdapat tumpahan diesel. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata dua loji tersebut ditutup pada jam 8 pagi susulan satu kejadian tumpahan minyak diesel dikesan […]

HELP Tuisyen Pemuda Diperluaskan Dengan Tambahan 50 Lagi Pusat Tuisyen

KUALA LUMPUR, 1 April – Menyedari kepentingan pendidikan dapat membantu mengubah nasib seseorang ke tahap lebih baik, Program HELP Tuisyen diteruskan tahun ini dengan tambahan 50 pusat tuisyen di seluruh negara. Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun berkata, program tuisyen anjuran Biro Hal Ehwal Bandar dan Perumahan Pemuda UMNO (Biro HELP) adalah satu […]

Harga Bahan Api Kekal Untuk April

KUALA LUMPUR– Harga runcit RON95, RON97 dan diesel bagi April 2015 kekal pada harga bulan Mac, demikian menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini. Sehubungan itu, harga RON95 tidak berubah pada RM1.95 seliter, RON97 pada RM2.25 seliter, dan diesel pada RM1.95 seliter. Ia akan berkuat kuasa mulai 12.01 pagi, 1 April, […]

Jalankan Urus Niaga Telus Apabila CBP Dilaksanakan- Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 30 Mac — Peniaga diharap menjalankan urus niaga secara telus dan bertanggungjawab apabila Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) dilaksanakan mulai Rabu ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan. Beliau berkata ini kerana peniaga yang sengaja mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barang sesuka hati dan bertujuan mengaut keuntungan semata-mata hanya akan mengakibatkan pengguna […]

Tindakan Tegas Harus Di Ambil Kepada Pihak Yang Cuba Cetuskan Kecelaruan Dalam Masyarakat

Oleh: Mohd Faizal Mohd Salleh KUALA LUMPUR, 26 Mac – Laporan berita tidak bertanggungjawab menerusi sebuah laman web pro-pembangkang telah mencemarkan nama baik institusi Di Raja menerusi artikel bertajuk ‘Majlis Raja-Raja Tolak Pindaan Hudud’, jelas melanggar etika kewartawanan dan tidak berlandaskan fakta yang sebenar. Sehubungan dengan itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Seri […]

Kerajaan Tidak Tolak Hudud – Najib

ALOR SETAR: Kerajaan tidak pernah menolak hudud sebagai hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT tetapi banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum ia dapat dilaksanakan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana menteri berkata banyak kekangan dan keutamaan yang perlu diselesaikan dan diperhalusi sebelum hukum hudud ini dapat dilaksanakan tanpa menjejaskan matlamat hukum yang sebenar. […]

Cadangan “Save Malaysia” Tidak Lebih Sekadar Gimik Politik Semata-mata : Shafie

KUCHING, 24 Mac – Saranan penasihat DAP Lim Kit Siang bagi pembentukan satu gabungan baharu yang dinamakan “Save Malaysia” tidak lebih daripada gimik politik semata-mata, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Beliau berkata pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) sentiasa kekal dengan agenda menyatu dan mengukuhkan perpaduan di kalangan rakyat demi kestabilan, dengan hasrat […]