Rancangan pembangunan Johor tidak abai orang Melayu

JOHOR BAHRU 1 Mac – Kerajaan negeri komited untuk memastikan orang Melayu tidak dilupakan serta dipinggirkan dalam menyertai kerancakan pembangunan yang berlaku di Johor menerusi perancangan yang bersifat inklusif. Komitmen tersebut disuarakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang bertekad untuk memastikan kerajaan negeri di bawah pimpinan beliau akan sentiasa melibatkan penyertaan orang […]

Tuduhan Pengecut Tidak Tanding Di PRK DUN Chempaka Pemikiran “Worst Class”

KUALA LUMPUR, 26 Feb – Tindakan Barisan Nasional (BN) yang memutuskan untuk tidak meletakkan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Chempaka adalah bukti keikhlasan kerajaan yang benar-benar mengutamakan rakyat selepas musibah banjir besar melanda Kelantan baru-baru ini, kata penganalisis politik tempatan, Prof. Dr Hanafiah Harun. Katanya, tindakan Datuk Seri Najib Tun Razak tersebut menunjukkan […]

Keahlian Online UMNO Terus Dapat Sambutan, Jumlah Ahli UMNO 3.4 juta

KUALA LUMPUR, 25 Feb – Sistem pendaftaran ahli UMNO secara online terus mendapat sambutan dari orang ramai dan permohonannya bertambah kepada 1,126 orang yang bermula dari 27 Januari hingga 17 Februari lalu, kata Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. “Daripada jumlah terbabit permohonan yang lengkap adalah sebanyak 774 dengan 678 daripadanya boleh diteruskan […]

UMNO Tidak Bertanding Di PRK DUN Chempaka

KUALA LUMPUR, 25 Feb – Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO malam ini berkata MT UMNO memutuskan untuk tidak meletakkan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Chempaka yang akan diadakan pada 22 Mac depan. Jelas beliau keputusan ini dibuat bagi memberi keutamaan atau tumpuan kepada proses […]

Permohonan Pengampunan Anwar Wajib Ditolak – Zulkifli Noordin

Oleh: Mohd Faizal Mohd Salleh KUALA LUMPUR, 25 Feb – Bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin hari ini membidas  permohonan pengampunan ke atas banduan bernama Anwar Ibrahim oleh isterinya Wan Azizah Wan Ismail dan mencadangkan agar permohonan pengampunan ini wajib ditolak kerana ianya dibuat tanpa persetujuan atau pengetahaun banduan itu sendiri. Ujarnya, […]

Pertemuan PM Dan MB Kelantan Demi Rakyat Serlah Gaya Politik Matang BN

KUALA LUMPUR, 24 Feb – Barisan Nasional (BN) selaku kerajaan Persekutuan telah membuktikan kewibawaan dalam pentadbiran dan pengurusannya sebagaimana Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob di pejabatnya semalam. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Prof. Dr Ibrahim Abu Shah berkata, perbezaan […]

Johor henti eksport ?ikan ke Singapura

PAGOH 15 Feb. – Kerajaan negeri menghentikan eksport lima jenis ikan, udang besar dan ayam ke Singapura sejak 1 Januari lalu hingga 28 Februari ini bagi memastikan bekalan bahan makanan itu mencukupi sepanjang sambutan Tahun Baharu Cina ini. Pengerusi Jawatankuasa dan Industri Asas Tani negeri, Ismail Mohamed berkata, ikan dilarang dieksport ialah kembung, cencaru, selayang, […]

Tindakan biadab, malukan Pas sendiri- Hamim

Tindakan biadab, malukan Pas sendiri- Hamim

LEDANG 15 Feb. – Tindakan segelintir penyokong Pas melemparkan kata-kata kesat terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pengebumian Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Jumaat lalu bukan sahaja biadab, malah memalukan parti itu. Ketua UMNO Bahagian Ledang, Datuk Ir. Hamim Samuri berkata, perbuatan tersebut tidak menggambarkan mereka sebagai […]

Jangan keluar kenyataan kalau tidak tahu – Ahmad Maslan

Jangan keluar kenyataan kalau tidak tahu – Ahmad Maslan

PONTIAN 15 Feb. – Pemimpin pembangkang yang bukan beragama Islam diingatkan tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyata­an mengenai agama Islam sekiranya tidak mempunyai pengetahuan mengenai perkara itu kerana ia boleh menyentuh sensitiviti penganutnya. Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, kenyataan yang mengkritik amalan agama Islam tidak wajar dikeluarkan kerana telah mencampuri urusan agama itu, sedangkan umat […]