Pembangunan PBT perlu libat masyarakat

MUAR 8 Mac – Kesemua 16 pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini perlu mencari jalan melibatkan masyarakat secara aktif dalam mencorak pembangunan di kawasan masing-masing berikutan sistem perbandaran semakin kompleks ketika ini. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pendapat masyarakat dalam pengurusan kawasan perbandaran dengan pertambahan kesesakan lalu lintas dan kelestarian alam […]

Kerajaan Negeri Peruntuk RM6 Juta Untuk NGO Tahun Ini

PASIR GUDANG: Kerajaan Negeri melalui Pejabat Menteri Besar memperuntukkan geran tahunan berlumlah RM6 juta kepada Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) bagi pelaksanaan aktiviti dan program kesukarelawan. Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, berkata, Kerajaan Negeri sedar kepentingan budaya kesukarelawan mampu membentuk masyarakat Johor yang berbudaya tinggi. “ Johor hanya akan menjadi masyarakat yang berbudaya tinggi […]

Johor Bakal Jadi Hab Pendidikan Islam Antarabangsa

PASIR GUDANG: Kerajaan Negeri mahu menjadikan Johor sebagai Hub Pendidikan Islam Antarabangsa sebagai langkah pengukuhan kecemerlangan pendidikan Islam di negeri ini. Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, berkata, Johor telah lama mendahului dalam pendidikan Islam di Malaysia dan rantau ini apabila mewujudkan sistem pendidikan agama yang yang teratur, kemas dan sistematik telah wujud hampir 100 […]

Peruntukan RM10 juta ?naik taraf Larkin Sentral

JOHOR BAHRU 3 Mac – Johor Corporation (JCorp) bakal menaik taraf terminal pengangkutan awam sedia ada di Larkin Sentral, di sini, dengan melibatkan perun­tukan berjumlah kira-kira RM10 juta. Pengerusinya, Datuk Seri Mo­ha­med Khaled Nordin ber­kata, JCorp merancang untuk memulakan kerja-kerja penam­bahbaikan itu bermula hujung tahun ini dan dijangka siap pada 2017. “JCorp mempunyai peran­cangan untuk […]

Johor berpotensi jadi pengeluar utama cili

PAGOH 3 Mac – Negeri ini berpotensi besar menjadi pengeluar utama cili bagi menampung keperluan tempatan dan mengurangkan kebergantungan import bahan itu. Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) negeri, Saniah Kormin berkata, ini kerana Johor mempunyai keluasan dan kesesuaian tanah di samping kaedah penanaman moden yang boleh dipraktikkan untuk menggandakan hasilnya. “Namun sebelum […]

Festival layang-layang jadi tarikan utama

JOHOR BAHRU – Kira-kira 250 pelayang dari lebih 50 buah negara menyertai Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang ke-20 selama lima hari bermula hari ini. Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Md Za’nal Misran berkata, peserta baharu dari negara seperti Poland, Romania, Liechtenstein, Scotland, Myanmar, Morocco dan Mongolia turut menyertai festival yang bertemakan ‘Mencorak Keharmonian’. Beliau berkata, dijangka 150,000 […]

Militan: Jangan kait Maahad Tahfiz

JOHOR BAHRU  – Institusi tahfiz sama sekali tidak mendidik pelajar menjadi pengganas sebaliknya kehendak peribadi seseorang yang mendorong mereka sehingga mahu menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS). Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Abd. Mutalip Abd. Rahim berkata, faktor lain yang membuat seseorang terdorong untuk bertindak demikian mungkin juga disebabkan pengaruh rakan ataupun media sosial. “Adalah tidak […]

Sediakan Profil Syarikat – Nasihat PUJB Kepada Pengusaha IKS

SEGAMAT – Pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) di ne­geri ini disaran menyediakan profil syarikat masing-masing bagi memudahkan bantuan termasuk khidmat nasihat dan geran dapat disalurkan segera kepada mereka. Pengurus Besar Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. (PUJB), Hahasrin Hashim berkata, profil syarikat yang lengkap amat penting kerana pada peringkat awal sebarang permohonan untuk mendapatkan bantuan […]

150,000 dijangka kunjung Festival Layang-Layang

PASIR GUDANG 25 Feb. – Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang Ke-20 yang diadakan selama lima hari bermula hari ini dijangka menarik kehadiran kira-kira 150,000 pengunjung dari dalam dan luar negara. Pengerusi jawatankuasa penganjur, Md. Za’nal Misran berkata, festival kali ini membawakan tema ‘Mencorak Keharmonian’ yang bermaksud membina jambatan kepada persahabatan yang kukuh sesama peserta dan […]