Penuntut Johor Diminta Bijak Tangani Masalah Bila Di Luar Negara

Penuntut Johor Diminta Bijak Tangani Masalah Bila Di Luar Negara

JOHOR BAHRU, 2 April  — Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menasihatkan penuntut-penuntut Johor yang melanjutkan pengajian di luar negara khususnya Timur Tengah supaya sentiasa berhati-hati dan bijak dalam menangani permasalahan yang dihadapi mereka ketika berada di negara orang. Beliau juga mengingatkan mereka supaya tidak mudah terpengaruh dengan kelompok tertentu yang cenderung membentuk  fikrah pola  berpolitik yang boleh mengundang  mudarat atau  mengancam keselamatan. Katanya mereka perlu bersedia untuk berdepan dengan pelbagai kejutan […]

Kadar Pendaftaran Kenderaan, Tukar Hak Milik dan Lesen Memandu Warga Asing Dinaikkan – @AKaprawi

Kadar Pendaftaran Kenderaan, Tukar Hak Milik dan Lesen Memandu Warga Asing Dinaikkan – @AKaprawi

BATU PAHAT 2 Apr – Kadar pendaftaran kenderaan, tukar hak milik dan lesen memandu bagi warga asing akan dinaikkan berkuat kuasa 16 April ini. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab. Aziz Kaprawi berkata, inisiatif berkenaan menunjukkan rakyat Malaysia mempunyai kelebihan serta keistimewaan yang dinikmati sebagai warganegara berbanding warga asing. “Usaha berkenaan juga merupakan satu inisiatif kerajaan […]

Sasar Penggunaan 35% Sistem Pengangkutan Awam BRT Menjelang 2021

Sasar Penggunaan 35% Sistem Pengangkutan Awam BRT Menjelang 2021

JOHOR BAHRU 28 Mac – Kerajaan negeri menjangkakan jumlah pengguna pengangkutan awam akan meningkat kepada 35 peratus apabila projek Bas Rapid Transit (BRT) Iskandar Malaysia (IMBRT) mula beroperasi pada 2021. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, setakat ini kira-kira 15 peratus pengguna kenderaan persendirian menggunakan perkhidmatan […]

RM3.6j Sagu Hati Nelayan

RM3.6j Sagu Hati Nelayan

PONTIAN 22 Mac – Seramai 1,814 nelayan di kawasan Johor Selatan menerima bayaran sagu hati RM3.6 juta daripada Tabung Pembangunan Nelayan (TPN) bagi mengurangkan beban hidup mereka. Bayaran itu melibatkan nelayan di Tanjung Piai, Johor Bahru, Pulai, Gelang Patah, Pasir Gudang dan Tebrau yang terjejas pendapatan akibat aktiviti pembangunan di persisir pantai. Pengerusi Persatuan Nelayan […]

Pusat Rekreasi Gunung Belumut Ditutup Kerana Kes Kencing Tikus

Pusat Rekreasi Gunung Belumut Ditutup Kerana Kes Kencing Tikus

JOHOR BAHRU, 19 Mac  — Pusat rekreasi Hutan Lipur Gunung Belumut, Kluang ditutup mulai hari ini berikutan terdapat laporan dua kanak-kanak dijangkiti virus kencing tikus setelah mengunjungi kawasan  berkenaan pada 16 Feb lepas. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri Johor, Datuk Ayub Rahmat berkata penutupan itu bagi membolehkan kerja-kerja penyiasatan dilakukan pihak terlibat termasuk  mendapatkan keputusan sampel air di pusat rekreasi […]

RM127 Juta Atasi Masalah Bekalan Air

RM127 Juta Atasi Masalah Bekalan Air

KLUANG– Masalah bekalan air dihadapi kira-kira 200,000 penduduk bandar ini dan sekitarnya akan selesai apabila Loji Rawatan Air Semberong Timur siap Julai tahun depan. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempat nege­ri, Datuk Md. Jais Sarday berkata, kerajaan negeri memperuntukkan RM127 juta membina loji itu yang bermula pada November lalu dan siap dalam masa 18 bulan. […]

Kerajaan Negeri Johor Tolak Cadangan Pembangkang Wujud Universiti Johor @AyubRahmat

Kerajaan Negeri Johor Tolak Cadangan Pembangkang Wujud Universiti Johor @AyubRahmat

JOHOR BAHRU, 10 Mac – Kerajaan Negeri Johor hari ini menolak cadangan pihak pembangkang untuk mewujudkan lagi sebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Johor iaitu Universiti Johor. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, Datuk Ayub Rahmat berkata, pihak pembangkang sering memanipulasi fakta yang sememangnya menunjukkan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional  (BN) sentiasa […]

Pembinaan Sekolah Menengah Agama Berasrama Penuh Fokus Utama ADUN Benut

Pembinaan Sekolah Menengah Agama Berasrama Penuh Fokus Utama ADUN Benut

PONTIAN, 11 Mac – Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Benut Datuk Ir Hasni  Mohammad akan menjadikan usaha membangunkan sekolah menengah agama berasrama penuh Ibnu Khaldun di Parlimen Pontian sebagai fokus utamanya agar ia dapat direalisasikan. Hasni yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri  berkata  perjuangannya bagi memastikan pembinaan sekolah  berasrama penuh itu diteruskan berikutan tiada sekolah menengah agama berasrama penuh di […]

Akhirnya Penduduk Kampung Sentosa Miliki Gelanggang Futsal

Akhirnya Penduduk Kampung Sentosa Miliki Gelanggang Futsal

MUAR, 10 Mac — Gelanggang futsal yang dibina kerajaan Barisan Nasional (BN) membawa keceriaan kepada kira-kira 292 penduduk Orang Asli di Kampung Sentosa di sini. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melakukan lawatan ke kampung dan meluangkan masa kira-kira 30 minit bagi meninjau dan beramah mesra dengan penduduk. Tok batin Kampung Sentosa […]

1 3 4 5 6 7 89