Piala AFC : JDT Miliki Kelebihan Berdepan South China – Pengurus JDT

JOHOR BAHARU, 24 Ogos — Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) mempunyai kelebihan apabila berdepan kelab South China pada aksi suku akhir Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam esok. Pengurus JDT Ismail Ibrahim berkata selain memperoleh suntikan semangat selepas muncul juara Liga Super dua hari lepas, ketua jurulatih Mario Gomez juga mempunyai strategi […]

Meraikan Kejuaraan Liga Super 2015

  JOHOR BAHRU – PEMAIN dan Pegawai pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menaiki bas berarak membawa Piala Liga Super 2015 mengelilingi pusat bandar raya sambil diiringi penyokong yang menaiki kereta, motosikal sebelum ke Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, bagi meraikan kejayaan mempertahankan kejuaraan berprestij. (Pic : Berita Harian)

TMJ Dedikasikan Kemenangan JDT Rangkul Gelaran Juara Liga Super Kepada Adinda

JOHOR BAHARU, 23 Ogos — Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedikasikan kemenangan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Liga Super musim ini buat adindanya, Tunku Abdul Jalil. Baginda bertitah, ia merupakan berita gembira buat Tunku Abdul Jalil setelah didiagnosis menghidap penyakit kanser tahun lepas. “Pada 20 Ogos tahun lalu, saya dan keluarga menerima berita sedih apabila Tunku Laksamana […]

MB Johor Ucap Tahniah Atas Kejayaan JDT Juarai Liga Super 2015

JOHOR BAHRU, 22 Ogos- Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengucapkan tahniah kepada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang mempertahankan kejuaraan Liga Super. Katanya, kesungguhan dan semangat berpasukan pemain serta sokongan jitu tidak berbelah bahagi penyokong JDT sejak kejuaraan bermula, akhirnya terbalas. ” Semoga kejuaran ini menjadi pembakar semangat kepada pasukan Harimau Selatan untuk […]

JDT pertahan kejuaraan Liga Super

KUALA LUMPUR 22 Ogos – Walaupun tumbang 1-2 kepada Felda United di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, namun Johor Darul Ta’zim (JDT) tetap berjaya mempertahankan kejuaraan Liga Super selepas pesaing rapat mereka, Pahang turut tewas 1-3 kepada Terengganu, sebentar tadi. JDT bagaimanapun cemas seketika sebelum dinobat sebagai juara apabila ketinggalan 0-2 dan terpaksa beraksi dengan 10 […]

JDT Selangkah Pertahan Kejuaraan Liga Super

KUALA LUMPUR, 19 Ogos — Johor Darul Ta’zim (JDT) hanya selangkah lagi untuk mempertahankan kejuaraan Liga Super 2015 selepas mencerahkan peluang dengan melakar kemenangan selesa 4-1 ke atas Perak di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam ini. Kemenangan tersebut membolehkan skuad Harimau Selatan memintas kedudukan Pahang di tangga teratas liga dengan kelebihan dua mata dengan kutipan 46 mata selepas […]

JDT Rampas Takhta Liga Super Dari Pahang

KUALA LUMPUR, 8 Ogos — Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) memintas Pahang dengan kelebihan tipis satu mata untuk mengungguli persada Liga Super selepas mengalahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 1-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam ini. Gol berharga itu dihadiahkan oleh penyerang kebangsaan Mohd Safee Sali pada minit ke-72 bagi membolehkan skuad Harimau Selatan mengumpul 40 mata selepas Pahang […]

Bolasepak Johor Tetap Maju Walaupun Tanpa TMJ Sebagai Presiden

JOHOR BAHARU, 15 Julai — Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan bola sepak Johor tetap maju walaupun baginda bukan lagi Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ). Tunku Mahkota Johor itu bertitah baginda juga tidak perlu menjadi Presiden untuk memajukan bola sepak negeri. “Untuk makluman anda semua (penyokong), baru-baru ini saya telah meletakkan jawatan sebagai Presiden PBNJ, tetapi ia tidak […]