Rombak Kabinet: Pemuda UMNO Johor Terima Keputusan PM Dengan Hati Terbuka

JOHOR BAHRU, 29 Julai – Pemuda UMNO Johor menerima keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam rombakan kabinet Persekutuan pada Selasa. Ketuanya, Hahasrin Hashim berkata, beliau menerima dan menghormati keputusan tersebut. “Kita mewakili akar umbi dan perhubungan UMNO Johor menghormati keputusan yang dibuat oleh […]

Jelajah Sahur Pemuda Tenggara Perkasa Budaya Ziarah Menziarahi

BANDAR TENGGARA, 15 Julai–  Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tenggara telah menganjurkan Jelajah Sahur Pemuda Tenggara yang merupakan tahun pertama pelaksanaannya. Ketua Pemudanya, Hahasrin Hashim berkata, program ini dilaksanakan dengan matlamat untuk memberikan sumbangan kepada 33 penerima dalam Pemuda Cawangan Zon 1,2 & 9 disamping dapat melakukan ziarah terhadap golongan yang memerlukan perhatian. “Zon 1 melibatkan Pemuda […]

Imam Juga Main Peranan Penting Dalam Masyarakat – Halimah

KOTA TINGGI, 15 Julai – Imam masjid dan surau memainkan peranan yang sama penting dalam masyarakat, terutama menjadi ejen perpaduan kata Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Mohamed Sadique. Beliau berkata golongan itu bukan sahaja berperanan mengimami atau mengetuai sembahyang, malah bertindak sebagai pakar rujukan untuk ilmu keagamaan dan sosial, yang dapat […]

Elaun Sara Hidup Nelayan Darat

  KOTA TINGGI, 13 Julai — Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Anggota Parlimen Tenggara Datuk Halimah Mohamed Sadique (duduk,tengah) bergambar bersama sebahagian penerima Elaun Sara Hidup Nelayan Darat di Balai Raya Taman Kota Jaya.

JBPM Laksana Dua Strategi Ops Raya 2015 – Halimah

KOTA TINGGI, 13 Julai – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melaksanakan dua strategi dalam menangani sebarang kejadian ketika musim perayaan menerusi Ops Raya 2015, selama dua minggu mulai 10 Julai lepas. Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata strategi pertama melibatkan pemeriksaan keselamatan premis bagi pencegahan dan penghapusan […]

Melawat Bazar Ramadhan Kota Tinggi

KOTA TINGGI – Ahli Parlimen Tenggara yang juga Timbalan Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Halimah Mohamed Sadique melawat bazar Ramadhan Kota Tinggi bersama Timbalan Speaker DUN Johor Dato Baderi, YDP MDKT Sdr. Fizwan dan Ketua Whip Dato Suhaimi.

MDKT Atasi Kebimbangan Peniaga

KOTA TINGGI  – Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) akan sedaya upaya membantu peniaga Bazar Ramadan Kota Tinggi, bagi melariskan jualan mereka berikutan kebimbangan yang disuarakan peniaga ekoran perpindahan lokasi ke tempat baharu, tahun ini. Yang Dipertua MDKT, Fizwan Rashidi berkata, pihaknya maklum tentang keresahan sesetengah peniaga yang bimbang hasil jualan mereka di tempat baharu itu. […]

Kit Siang Sendiri Ghaib, Ada Hati Nak Tawan Johor – Hahasrin

GELANG PATAH, 25 Jun – Jangan berangan nak tawan Johor jika parlimen sendiripun tidak terjaga, ujar Ketua Pemuda UMNO Johor, Hahasrin Hashim mengulas kenyataan Penasihat Dap yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang. Kit Siang baru-baru ini ada mengeluarkan kenyataan kononnya yakin menawan negeri Johor pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang kerana negeri […]

Pelbagai Kemelut Dalam Pakatan Bukti BN Jauh Lebih Ke Depan – Pemuda Johor

KUALA LUMPUR 23 Jun – Pemuda UMNO Johor melihat pelbagai kontroversi dan apa yang berlaku didalam pakatan pembangkang hari ini membuktikan bahawa Barisan Nasional (BN) jauh lebih baik daripada mereka, ujar Ketuanya, Hahasrin Hashim. Serentak itu beliau menjangkakan pelbagai kemelut lain yang berlaku di dalam pakatan pembangkang akan terus menjadi barah dan BN khususnya di Johor […]