UMNO Tebrau Dekat Di Hati Masyarakat – Maulizan

TEBRAU, 04 Julai – Masyarakat perlu didampingi dan disantuni sepanjang masa dan bukan hanya sekadar waktu musim pilihan raya semata-mata kerana mereka telah memberikan amanah untuk dilantik sebagai wakil rakyat dalam setiap kali pilihan raya. Justeru sudah tentulah amat penting sebagai wakil rakyat dan juga parti yang telah dipilih perlu melaksanakan amanah berkenaan sebaik mungkin kerana […]

70 Tahun Bukannya Usia ‘Tua’ Tetapi Usia Matang Bagi UMNO

JOHOR BAHRU, 22 April – Usia yang menjangkau 70 tahun pada 11 Mei ini bukanlah menunjukkan UMNO susah memasuki usia ‘tua’ sebaliknya usia yang cukup mematangkan kepimpinan dan ahli-ahli UMNO itu sendiri, demikian pandangan Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang. Beliau menjelaskan dalam portal UMNO-Online, dalam usia ini UMNO telah melalui pelbagai cabaran, dugaan dan […]

Pelancaran Program ‘UMNO Tebrau Penyayang’

TEBRAU, 2 April – Lebih 600 keluarga dari golongan kurang berkemampuan di dalam Parlimen Tebrau, menerima bantuan barangan keperluan harian. Bantuan secara bulanan di bawah program ‘UMNO Tebrau Penyanyang’ itu disempurnakan Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin sebentar tadi. (Jauhar)

Pemuda UMNO Rasakan Masih Ada Ruang Perdamaian- Syahrin

JOHOR BAHRU, 8 Mac – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tebrau mengakui turut berkongsi kebimbangan seperti mana diluahkan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled mengenai masa depan parti jika kemelut antara kem Tun Mahathir dan Presiden UMNO tidak diselesaikan segera. Ketua Pemudanya, Syahrin Md Jamaluddin berkata, kebimbangan Menteri Besar Johor itu berasas kerana rakyat khususnya […]

Mat Sabu Jangan Pelik Dengan Sokongan Melayu Terhadap BN – Maulizan

TEBRAU, 01 Mac – Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Muhamad Sabu hari ini dibidas setelah didakwa melabelkan Melayu pertengahan khususnya menjadi penyebab  kepada kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu sebagai  bodoh, bangang dan bahalol yang disifatkan sebagai ‘desprate’ untuk menagih sokongan rakyat. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tiram, Datuk Hj Maulizam Bujang berkata […]