Dalam Menunduk, Muhyiddin Menyonggeng – Aziz Kaprawi

KUALA LUMPUR, 20 Jan – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Aziz Kaprawi berterima kasih kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana menyahut cabarannya untuk menyatakan kesetiaan beliau adalah kepada Tuanku Sultan dan Negeri Johor. Namun, apa yang telah diterangkan di dalam kenyataan beliau secara keseluruhan tidak mencerminkan taat setia tersebut. “Saya bangkitkan soal kesetiaan kerana kemurkaan […]

Kemurkaan Sultan Johor: Muhyiddin Perlu Buat Keputusan

SRI GADING, 17 Jan – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ab Aziz Kaprawi menyokong penuh titah Tuanku Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, Sultan Negeri Johor Darul Takzim yang diterbitkan pada hari ini. “Sebagai rakyat Johor, saya turut berkongsi rasa tersinggung dengan kenyataan jahat berkepentingan politik yang diputar belit oleh Tun Dr. Mahathir […]

Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sri Gading

SRI GADING, 10 Sep – Bendahari Agung UMNO Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Sri Gading baru-baru ini telah menggariskan tujuh prinsip yang perlu diamalkan bagi menentukan kekuatan parti dalam menghadapi saingan politik di negara ini iaitu perjuangan, jangan berpecah, kena ada ketua, kerja berpasukan, mempunyai dasar parti yang jelas dan selari dengan rakyat, […]

UMNO Perlu Amal Tujuh Prinsip Untuk Kekal Relevan – Salleh

BATU PAHAT, 10 Sept — UMNO perlu mengamalkan tujuh prinsip penting untuk kekal relevan, sekali gus memastikan survival parti keramat itu, kata Bendahari Agung UMNO Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak. Beliau berkata tujuh prinsip itu perlu diamalkan bagi menentukan kekuatan parti dalam menghadapi saingan politik di negara ini. Salleh yang juga menteri komunikasi dan […]

Speaker DUN Johor Tegur Ketidakhadiran Ketua Jabatan Untuk Jawab Isu

NUSAJAYA, 11 Mei — Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Tan Sri Mohamad Aziz hari ini menegur ketidakhadiran segelintir ketua-ketua jabatan di peringkat negeri dan persekutuan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Ke-13 yang masuk hari ketiga, di sini hari ini. Beliau berkata kehadiran ketua-ketua jabatan ini amatlah dialu-alukan bagi menjawab isu-isu yang dibangkitkan […]

Pemuda UMNO Sri Gading Kecam Cadangan KWSP, Jangan Rampas Hak Pencarum

BATU PAHAT, 20 April – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sri Gading hari ini mendesak agar kerajaan menghalang cadangan dan perbincangan terhadap kenaikan had umur pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada umur 60 tahun daripada 55 tahun. Ketuanya, Lassim Burhan berkata, KWSP sepatutnya menghormati dan lebih melihat kepada kebajikan pencarum-pencarumnya. Rata-rata pekerja syarikat swasta […]