Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sembrong

  KLUANG, 8 Ogos — Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin diringi Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein merangkap Anggota Parlimen Sembrong hadir bagi merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Sembrong di Dewan Sekolah Menengah Sains Sembrong , Kluang hari ini.

Hishammuddin Beri Jaminan Terus Sokong Usaha UMNO Johor Dalam Kukuhkan Parti

KLUANG, 8 Ogos — Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini memberi jaminan untuk terus menyokong usaha dan agenda UMNO Johor dalam mengukuhkan parti berkenaan. Naib Presiden UMNO itu berkata beliau mendengar secara mendalam harapan yang disandarkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam meneruskan perjuangan parti itu. “Kepimpinan Mohamed Khaled […]

UMNO Johor Lancar Pelan Masa Depan – Khaled Norden

KLUANG, 8 Ogos — UMNO Johor akan melancarkan Pelan Masa Depan UMNO yang bakal menggariskan 11 agenda besar parti itu dalam ikhtiar memodenkan parti untuk tempoh 10 tahun akan datang. Mengumumkan demikian Menteri Besar Johor yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata agenda tersebut bertujuan memulihkan keyakinan rakyat terhadap parti. Katanya, UMNO Johor […]

Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Sayap UMNO Bahagian Sembrong

  KLUANG, 7 OGOS — Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin merangkap Ketua Pergerakan Puteri Umno bersalaman dengan Perwakilan Wanita Umno ketika hadir bagi merasmikan mesyuarat Perwakilan pergerakan sayap Umno Bahagian Sembrong di Sekolah Menengah Sains Sembrong hari ini. Turut hadir Ketua Pergerakan Pemuda Umno Sembrong Onn Hafiz Ghazi (kiri).

Bukan saja rakyat nak tahu 1MDB, pemimpin pun sama

KLUANG, 7 Ogos – Puteri Umno hari ini meminta seluruh anggota parti itu dan rakyat memberi ruang kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memperjelas mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sehingga selesai. Ketuanya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, semua pihak perlu menghormati Presiden Umno dan membenarkan beliau mempertahankan dirinya walaupun di dalam […]

UMNO Sembrong Bina Rumah Komuniti Kegunaan Parti, Masyarakat

KLUANG, 7 Ogos – UMNO Bahagian Sembrong membina sebuah Rumah Komuniti di kawasan seluas 0.4 hektar di Jalan Lingkaran 2, Taman Seri Lambak, di sini, yang dijangka siap Julai tahun depan. Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sembrong Abd Ghani Abd Rashid berkata bangunan yang menelan kos lebih RM1 juta itu bakal menempatkan pejabat Pusat Khidmat Anggota […]

Kementerian Pertahanan Sedia Bantu Pencarian MH370 – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Kementerian Pertahanan sedia member bantuan yang diperlukan untuk mencari baki atau serpihan lain pesawat Malaysia Airlines MH370 bagi merungkai misteri kehilangan pesawat itu. Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata walaupun penemuan sayap pesawat itu di Pulau Reunion melegakan hati banyak pihak, namun usaha mencari lebih banyak bukti bukan […]

Jemput Muhyiddin Rasmi Mesyuarat Adalah Hak Bahagian UMNO – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 2 Ogos – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata adalah menjadi hak mana-mana bahagian parti itu untuk mengundang sesiapa sahaja pemimpin parti termasuk Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk merasmikan persidangan perwakilan bahagian berkenaan. “Sama ada berminat untuk menjemput atau tidak, itu adalah hak bahagian tetapi pucuk pimpinan tertinggi […]