UMNO Sembrong Bina Rumah Komuniti Kegunaan Parti, Masyarakat

KLUANG, 7 Ogos – UMNO Bahagian Sembrong membina sebuah Rumah Komuniti di kawasan seluas 0.4 hektar di Jalan Lingkaran 2, Taman Seri Lambak, di sini, yang dijangka siap Julai tahun depan. Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sembrong Abd Ghani Abd Rashid berkata bangunan yang menelan kos lebih RM1 juta itu bakal menempatkan pejabat Pusat Khidmat Anggota […]

Kementerian Pertahanan Sedia Bantu Pencarian MH370 – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Kementerian Pertahanan sedia member bantuan yang diperlukan untuk mencari baki atau serpihan lain pesawat Malaysia Airlines MH370 bagi merungkai misteri kehilangan pesawat itu. Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata walaupun penemuan sayap pesawat itu di Pulau Reunion melegakan hati banyak pihak, namun usaha mencari lebih banyak bukti bukan […]

Jemput Muhyiddin Rasmi Mesyuarat Adalah Hak Bahagian UMNO – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 2 Ogos – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata adalah menjadi hak mana-mana bahagian parti itu untuk mengundang sesiapa sahaja pemimpin parti termasuk Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk merasmikan persidangan perwakilan bahagian berkenaan. “Sama ada berminat untuk menjemput atau tidak, itu adalah hak bahagian tetapi pucuk pimpinan tertinggi […]

Ahli UMNO Perlu Rasional Hadapi Isu, Cabaran Parti – Hishammuddin

TAIPING, 2 Ogos  — Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengingatkan anggota UMNO agar bersikap rasional apabila berhadapan dengan pelbagai isu serta cabaran dalam parti. Beliau berkata anggota UMNO perlu meletakkan agenda parti sebagai keutamaan dan perlu membuat pertimbangan yang sewajarnya dalam menangani isu semasa yang berlaku. “Ahli UMNO diminta merapatkan barisan untuk menghadapi pelbagai cabaran dalam parti. […]

Berganding Bahu, Rapatkan Barisan

JOHOR BAHRU, 7 Julai – Berganding bahu, rapatkan barisan. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bermesra bersama Pemuda UMNO Johor selepas berbuka puasa dan solat tarawikh di PERSADA Johor Bahru, malam tadi.

Jangan ikut ‘rentak’ pihak tohmah PM – Hishammuddin

KLUANG 13 Jun – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta rakyat agar tidak mengikut ‘rentak’ pihak tidak bertanggungjawab yang sentiasa melempar tohmahan terhadap ke­pemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan. Beliau berkata, k­erajaan sedang be­r­usaha memperbaiki prestasi dan men­jawab setiap tuduhan yang dilontarkan dengan cara tersendiri. “Isu ini banyak […]

Warga UMNO Perlu Bangkit Demi Masa Depan Parti – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 10 Mei — Anggota UMNO perlu bangkit, bekerja keras, bersatu, mengenepikan segala kepentingan sempit serta peribadi dalam menghadapi ujian besar yang dihadapi kini, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Beliau berkata anggota UMNO tidak boleh sekadar berpeluk tubuh, jika tidak parti itu hanya akan menjadi seperti parti lain. “Perjalanan UMNO […]

Kritikan Dr M Kepada PM Tak Jejas Gerak Kerja BN Untuk PRK – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 13 April — Gerak kerja Barisan Nasional (BN) dalam dua pilihan raya kecil (PRK) yang bakal diadakan di kawasan Parlimen Rompin dan Permatang Pauh tidak terjejas dengan kritikan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yakin pengundi […]

Pimpinan UMNO Tidak Perlu Melatah, Akar Umbi Tunjang Tangkis Fitnah – Hishammuddin

Melaka 14 Mac – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata ahli UMNO di akar umbi adalah benteng kekuatan parti  untuk menangkis segala fitnah dan dakyah yang dilemparkan terhadap parti berkenaan khusususnya usaha melaga-lagakan dikalangan pimpinan parti. Berucap pada majlis perasmian bersama Persidangan Tahunan  Cawangan – Cawangan UMNO  seluruh Negeri Melaka 2015, di sini […]