Program Bijak Belanja Aidilfitri

SEGAMAT, 29 Jun –  ADUN Buloh Kasap, YB Norshida Ibrahim hari ini membawa anak-anak OKU dalam membeli belah dalam Program Bijak Belanja Aidilfitri di UO Superstore Segamat . Terpancar kegembiraan di wajah mereka, berat sama di pikul, ringan sama di jinjing..

Kenyataan angkuh Lim Kit Siang hanya propaganda

SEGAMAT, 25 Jun – Kenyataan Lim Kit Siang yang menyatakan Johor bukan lagi kubu kuat UMNO saya kira kenyataan yang cukup angkuh, ” tegas ADUN Buloh Kasap, Hajah Norshida Ibrahim. Ujaarnya, kubu UMNO di Johor masih kukuh walaupun pada pilihan raya umum ke-13 lepas, pakatan pembangkang cuba mengasak tetapi lebih 90 peratus daripada calon-calon BN bagi kerusi […]

Koperasi Lonjak Ekonomi Melayu

SEGAMAT 14 Jun – Koperasi bukan sekadar platform terbaik untuk mengumpul dana bertujuan penglibatan dalam aktiviti perniagaan yang mampu meningkatkan ekonomi orang Melayu, sebaliknya sebagai satu badan yang dapat meningkatkan pegangan hartanah orang Melayu di negeri ini. Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, koperasi yang diuruskan dengan baik dan mengamalkan budaya keusahawanan […]

Johor pusat pendidikan serantau

SEGAMAT 22 Mei – Negeri ini bakal menjadi pusat perkembangan pendidikan serantau apabila hab pendidikan di Pagoh, Educity di Nusajaya dan pusat pembangunan kemahiran di Kota Tinggi siap dibina kelak. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Md. Jais Sarday berkata, Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (HPTP) akan menumpukan pembangunan universiti awam, manakala Educity […]

MBFM sokong harga rumah turun

SEGAMAT – Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) menyambut baik keprihatinan kerajaan untuk mengurangkan harga rumah Projek Generasi Baru Felda (PGBF) di seluruh negara seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Sabtu lalu. Presidennya, Anuar Abdul Manap berkata, pengumuman tersebut memberi harapan baharu khususnya kepada generasi kedua Felda yang mahukan harga asal seunit rumah […]

Tolak Syor Keluar Simpanan KWSP Pada Usia 60 Tahun – Norshida

SEGAMAT, 20 April – Ahli Dewan Undangan Buloh Kasap, Hajah Norshida Ibrahim menolak cadangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang sedang menimbang menyelaraskan umur pengeluaran simpanan persaraan ahlinya kepada usia 60 tahun. Ujarnya, cadangan KWSP tersebut adalah cadangan yang tidak relevan memandangkan alasan KWSP bahawa cadangan tersebut untuk memastikan pencarum mempunyai lebih banyak simpanan untuk […]

Hentilah `Berlakon’, Jangan Gunakan Anak Cucu Sebagai Modal Politik Raih Simpati

SEGAMAT, 7 April – Kaum keluarga Anwar Ibrahim dinasihatkan hentikan lakonan sedih dalam usaha meraih simpati rakyat menjelang Pilihan Raya Kecik Parlimen Permatang Pauh tidak lama lagi. Ahli Dewan Undangan Negeri Buloh Kasap, Norshida Ibrahim berkata, taktik menagih simpati dengan mendukung cucu Anwar Ibrahim yang digunakan oleh anak perempuannya, Nurul Nuha adalah bukti taktik lapuk […]

RISDA terus bela pekebun kecil getah

SEGAMAT 5 April – Sokongan padu berterusan pekebun kecil getah kepada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) adalah penting bagi memastikan agenda pembangunan ekonomi dan taraf hidup mereka dapat dilaksanakan. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, RISDA merupakan antara agensi kerajaan yang komited sebagai peneraju komuniti pekebun kecil […]

Kita Harus Berhati-Hati Dengan Propaganda Militan IS

SEGAMAT, 12 Mac – Titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada majlis pembukaan sesi Parlimen baru-baru ini sarat dengan pesanan penting untuk semua anggota Parlimen dan rakyat, ujar Ahli Dewangan Undangan Buloh Kasap, Puan Hajah Norshida Ibrahim. Tambahnya, antara titah Tuanku Abdul Halim, Baginda menyeru rakyat agar berwaspada dengan penularan fahaman ekstrem […]