Pantau Ceramah Sebar Fitnah

Pantau Ceramah Sebar Fitnah

PONTIAN 15 April – Polis diminta memantau semua ceramah yang diadakan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) terutama­nya yang lebih gemar menyerang keperibadian seseorang, sebalik­nya tidak berucap mengenai hala tuju parti yang diwakili. Pengerusi Biro Teknologi Maklumat (IT) dan Media Sosial UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, maklumat, berita dan mesej yang dipaparkan dalam media […]

Sasar Penggunaan 35% Sistem Pengangkutan Awam BRT Menjelang 2021

Sasar Penggunaan 35% Sistem Pengangkutan Awam BRT Menjelang 2021

JOHOR BAHRU 28 Mac – Kerajaan negeri menjangkakan jumlah pengguna pengangkutan awam akan meningkat kepada 35 peratus apabila projek Bas Rapid Transit (BRT) Iskandar Malaysia (IMBRT) mula beroperasi pada 2021. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, setakat ini kira-kira 15 peratus pengguna kenderaan persendirian menggunakan perkhidmatan […]

Pembinaan Sekolah Menengah Agama Berasrama Penuh Fokus Utama ADUN Benut

Pembinaan Sekolah Menengah Agama Berasrama Penuh Fokus Utama ADUN Benut

PONTIAN, 11 Mac – Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Benut Datuk Ir Hasni  Mohammad akan menjadikan usaha membangunkan sekolah menengah agama berasrama penuh Ibnu Khaldun di Parlimen Pontian sebagai fokus utamanya agar ia dapat direalisasikan. Hasni yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri  berkata  perjuangannya bagi memastikan pembinaan sekolah  berasrama penuh itu diteruskan berikutan tiada sekolah menengah agama berasrama penuh di […]

Kerajaan Negeri Johor Kaji Laluan Bertingkat JB-Skudai. @HasniMohammad1

Kerajaan Negeri Johor Kaji Laluan Bertingkat JB-Skudai. @HasniMohammad1

JOHOR BAHRU, 8 Mac – Kerajaan Negeri Johor kini sedang mengkaji mengenai cadangan projek penswastaan lebuh raya bertol Johor Bahru-Skudai. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Luar Bandar dan Wilayah Negeri Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata, langkah berkenaan adalah sebagai alternatif terhadap laluan Johor Bahru-Skudai sedia ada yang akan sekali gus menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas […]

Projek Naik Taraf Sekolah Guna Ibs Di Johor Bermula Rabu

Projek Naik Taraf Sekolah Guna Ibs Di Johor Bermula Rabu

ISKANDAR PUTERI, 5 Mac — Projek pembinaan semula dan naik  taraf sekolah daif menggunakan  Sistem Binaan Berindustri (IBS) di Johor dijangka bermula Rabu ini, kata Pengerusi  Jawatankuasa  Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri Datuk Hasni Muhammad. Beliau berkata bagi fasa pertama sebanyak 17 sekolah terbabit dalam pembinaan semula dan naik taraf itu membabitkan kos RM22 juta. Secara keseluruhannya sebanyak  40 buah sekolah di seluruh negeri  dikenal pasti layak untuk projek itu, katanya kepada […]

Kerajaan Sasar 50% Usahawan Bumiputera Tempoh 5 Tahun Akan Datang.

Kerajaan Sasar 50% Usahawan Bumiputera Tempoh 5 Tahun Akan Datang.

BATU PAHAT, 6 Mac – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri optimis mengenai jumlah usahawan bumiputera mampu ditingkatkan menjadi sekurang-kurangnya 50 peratus dalam tempoh lima tahun akan datang. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ketika ini jumlah mereka yang menceburi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) hanya sekitar 38 peratus daripada keseluruhan […]

Projek Pembinaan Semula dan Naik Taraf Sekolah Guna IBS Fasa 1 Di Johor Bermula Rabu Ini – @HasniMohammad1

JOHOR BAHRU, 5 Mac – Kerja-kerja pembinaan semula dan menaik taraf sekolah menggunakan  Sistem Binaan Berindustri (IBS) Fasa 1 di 17 Sekolah di Johor dijangka akan bermula rabu ini. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Datuk Ir. Hasni Muhammad berkata, sebanyak 17 daripada 40 buah sekolah di seluruh Johor dikenal pasti layak untuk […]

Kesemua 191 Bahagian UMNO Telah Aktifkan Biro IT – Ahmad Maslan

Kesemua 191 Bahagian UMNO Telah Aktifkan Biro IT – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 3 Mac — Kesemua 191 bahagian UMNO seluruh negara telah mengaktifkan Biro Teknologi Maklumat (IT) masing-masing sebagai persediaan memerangi pembangkang dalam perang siber menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Pengerusi Biro Teknologi Maklumat (IT) UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata menyampai dan menyebarkan maklumat serta berita sahih berkaitan polisi-polisi yang dijalankan kerajaan, adalah […]