Tidak Rugi Sertai Koperasi – Hasni

PONTIAN 16 Ogos – Penduduk luar bandar diminta menyertai koperasi bagi menambah sumber pendapatan dan meningkat ekonomi keluarga untuk jangka masa panjang. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, pelbagai aktiviti serta kegiatan boleh dilakukan sekiranya mereka menyertai koperasi termasuk menceburi bidang ternakan, industri asas tani, perkhidmatan […]

Jadual Bekalan Air Berkala Bakal Dilaksana Di Johor Bahru

JOHOR BAHARU, 3 Ogos  — Jadual bekalan air secara berkala bakal dikeluarkan SAJ Holdings Sdn Bhd dalam tempoh terdekat berikutan paras air di Empangan Sungai Layang, Masai, di sini, semakin merosot. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Johor Datuk Hasni Mohammad berkata tindakan perlu dilakukan bagi memastikan 500,000 pemilik akaun di kawasan Johor Baharu dan Pasir […]

Sumbangan MAIJ Kepada BAKSAS Jayakan Aktiviti Bermanfaat – Hasni

PONTIAN, 7 Julai – “Semoga dengan sumbangan berjumlah RM5,000.00 kepada Badan Kebajikan Sekolah Agama (Baksas) di Kawasan Parlimen Pontian ini, dapat membantu menjalan program yang memberi manfaat kepada pelajar dan ibubapa,” ujar Ketua Umno Bahagian Pontian, Datuk Ir Hasni Mohammad merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Negeri Johor. Buat pertama kalinya […]

Siapkan Rumah Ikut Jadual – Peringatan SPNB Kepada Kontraktor RMR

PONTIAN 15 Jun – Kontraktor yang ditawarkan untuk membina Rumah Mesra Rakyat (RMR) diingatkan menyiapkan projek tersebut dalam tempoh yang ditetapkan atau akan disenaraihitamkan jika gagal melaksanakan tugas tersebut. Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Mastura Azlina Mohammad berkata, pada masa ini kira-kira 9,000 kontraktor kelas F di seluruh negara telah berdaftar dengan […]

Tiada Lagi Alasan Tidak Turun Harga Barang Atau Berdepan Tindakan – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 3 Jun – Tiada lagi alasan bekalan lama belum habis menyebabkan harga barang tidak diturunkan. Jika tidak, bersedia untuk berhadapan dengan hukuman. Ujar Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan ketika mengulas berkaitan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang hari ini genap dua bulan dilaksanakan. Jelasnya lagi, sejak GST dilaksanakan masalah utama yang dihadapi oleh […]

UMNO Bahagian Di Seluruh Negara Wajib Wujud Kelab Pidato – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 23 Mei — Semua UMNO bahagian di seluruh negara wajib menubuhkan sebuah kelab pidato untuk menyampaikan penerangan berkenaan isu semasa kepada masyarakat setempat. Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia berkata arahan mengenai penubuhan kelab tersebut dibuat secara bertulis hari ini dan berkuat kuasa serta merta. “Surat arahan […]

Rakyat perlu bijak nilai, tapis maklumat

PONTIAN 12 Mei – Dasar-dasar serta isu semasa berkaitan pembangunan negeri ini perlu disampaikan melalui saluran yang mempunyai kredibiliti dan berkeupayaan supaya rakyat dapat menerima manfaatnya. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (gambar) berkata, pelbagai langkah proaktif telah dilaksanakan bagi menyampaikan maklumat berkenaan dengan lebih mudah kepada masyarakat iaitu ruang dan peluang menerusi agensi […]

PBT Diminta Perindah, Ceriakan Persekitaran

PONTIAN 20 April – Pihak berkuasa tempatan (PBT) diminta terus mencari pendekatan serta gerak kerja bagi mengindahkan dan mence­riakan kawasan untuk mewujudkan persekitaran yang bersih. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, bagi menarik minat masyarakat, imbuhan boleh diberikan kepada mana-mana zon atau kawasan di bawah PBT […]

Tidak Perlu UMNO Mainkan Krisis Dalaman Pembangkang Dalam PRK- Ahmad Maslan

ROMPIN, 16 April — UMNO tidak perlu menjadikan krisis dalaman pembangkang sebagai modal untuk meraih undi dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Rompin dan Permatang Pauh, kata Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan. Beliau memberikan jaminan bahawa jentera pilihan raya parti tidak akan berbuat demikian untuk memastikan Rompin kekal sebagai kubu kuat Barisan Nasional (BN). […]