Rintis Muafakat, Jangan Terperangkap Permainan Politik Pembangkang – Helmi

PONTIAN, 10 Mac – Ahli UMNO terutama di kalangan Pemuda UMNO diminta agar tidak terperangkap dengan permainan politik semasa apatah lagi menerusi tindak tanduk musuh UMNO yang akan sentiasa mengintai dan mengambil peluang untuk menghancurkan UMNO lebih-lebih  lagi menggunakan peluang ini dari dalam kelompok UMNO itu sendiri, demikian peringatan yang diberikan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Negeri Johor, Helmi Buang. […]

Deklarasi Mahathir Tidak Akan Berjaya – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 8 Mac  — Usaha kumpulan ‘Deklarasi Mahathir’ tidak akan berjaya kerana kebanyakan isu yang dibangkitkan telah dijawab oleh pelbagai pihak, kata Pengerusi Biro Teknologi Maklumat UMNO Datuk Ahmad Maslan. Ahmad, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata beliau telah membaca keseluruhan deklarasi itu, dan kebanyakan isu yang dibangkitkan telahpun dijawab dalam […]

Beri Keutamaan Soal Keselamatan Negara

PONTIAN 24 Jan. – Kejadian serangan bom di Jakarta, Indonesia baru-baru ini wajar diberikan perhatian kerana tidak mustahil berlaku di negara ini sekiranya soal keselamatan tidak diberikan keutamaan pada tahap yang tinggi. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, dalam hal ini peranan pihak polis dan pasukan keselamatan lain perlu dihargai […]

Tiada Undang-Undang Wajib Umum Dana Politik – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 5 Dis — Amalan menerima dana politik tidak bertentangan dengan mana-mana peruntukan undang-undang negara, kata Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan. Beliau berkata ini kerana tiada peruntukan khusus yang mewajibkan mana-mana parti politik untuk mengumumkan dana yang diterima mereka. “Tidak ada mana-mana akta yang suruh dan minta dana politik diumumkan,” katanya pada Persidangan Kepimpinan Mahasiswa Nasional 2015 […]

Laluan Kenderaan Berat Di Tambak Johor Ditukar Berperingkat Ke Linkedua

NUSAJAYA, 30 Nov  — Laluan kenderaan berat akan ditukar secara berperingkat dari Tambak Johor ke Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) mulai akhir Mac tahun depan, dalam usaha mengatasi kesesakan di Tambak Johor. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata kerajaan negeri kini sedang memperincikan kajian berhubung pelaksanaan pertukaran […]

DAP Tidak Boleh Terima Sebarang Penolakan, Amal Sikap Kuku Besi – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 27 Nov – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan menyifatkan tuduhan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kononnya lima wakil rakyat PKR ‘bersama UMNO’ adalah kerana Dap tidak boleh menerima sebarang bentuk penolakan terhadap parti mereka. Tambahnya, andai ada rakan sekutu mereka yang tidak bersependapat dengan Dap maka individu tersebut akan dituduh ingin menyokong […]

Dewan: Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Baharu Dijangka Telan Kos RM7.13 Bilion

NUSAJAYA, 26 Nov  — Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Baharu, yang pembinaannya bakal bermula tahun hadapan, dijangka menelan kos kira-kira RM7.13 bilion, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Datuk Ir Hasni Mohammad. Beliau berkata landasan berkembar yang akan dibina sepanjang 197 kilometer itu, mempunyai kapasiti halaju reka bentuk pada 160 […]

#BajetJohor2016 Di Harap Dapat Selesai Isu Air – Hasni

NUSAJAYA: Pengumuman kerajaan negeri dalam Bajet Johor 2016 memperuntukkan sebanyak RM430 juta untuk meningkatkan prasarana bekalan air dan RM57 juta  bagi menjalankan kajian pembangunan sumber air adalah langkah tepat. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Negeri Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata dengan jumlah tersebut pihaknya dapat melakukan kajian bagi mencari pendekatan yang […]

Usaha Pembangkang Lihat Bajet 2016 Gagal, Tidak Berjaya – Ahmad Maslan

SEREMBAN, 17 Nov — Usaha pihak pembangkang mahu melihat Bajet 2016 yang dibentang di Dewan Rakyat malam tadi gagal, tidak berhasil kerana tidak mendapat sokongan sepenuhnya termasuk daripada pihak mereka sendiri. Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata sebelum ini terdapat desas-desus mengatakan ada anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan menyokong usaha itu supaya […]