UMNO Harap Perjuangan Parti Difahami Anak Muda – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 11 Mei  — Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Ahmad Maslan berkata parti itu berharap agar perjuangan UMNO yang wujud sejak 70 tahun lalu itu, dapat difahami dan dihayati oleh anak-anak muda zaman ini. Katanya, beliau kesal dengan sesetengah golongan muda yang kurang memahami perjuangan sebenar parti yang berjuang tanpa mengira bangsa dan agama. […]

Perasmian dan Pelepasan Peserta Program Mesra Belia Kembara Belia Sakinah ke Penghujung Benua Asia

PONTIAN, 23 April – Perasmian dan Pelepasan Peserta Program Mesra Belia Kembara Belia Sakinah ke Penghujung Benua Asia Anjuran YPKDT Daerah Pontian oleh YB Datuk Ir Haji Hasni Mohammad. Kira kira 80 orang belia dari persatuan belia dan NGO berdaftar di Daerah Pontian terlibat dalam konvoi tersebut. Peserta turut didedahkan dengan modul-modul keluarga sakinah sepanjang program.

Johor Giat Promosi Pelancongan Pendidikan – Exco

ISKANDAR PUTERI, 24 April  — Kerajaan Johor sedang giat mempromosi pelancongan pendidikan bagi mengalakkan pelajar institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara melawat dan melakukan aktiviti ke kawasan pelancongan, di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Johor Datuk Tee Siew Kiong berkata terdapat beberapa destinasi pelancongan yang berpotensi diketengahkan, termasuk Taman Negara Tanjung […]

Kerajaan Johor Mohon Peruntukan RM180 Juta Bina Empangan Meda Di Muar

ISKANDAR PUTERI, 19 April — Kerajaan negeri Johor sudah memohon peruntukan sebanyak RM180 juta bagi pembinaan Empangan Meda di Muar sebagai usaha menyelesaikan masalah penerobosan air masin ke dalam Sungai Muar. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Johor Datuk Hasni Mohammad berkata peruntukan itu dikemukakan oleh Badan Kawal Selia Air Johor (BAKAJ) […]

Johor Lebar 851.36km Jalan Kampung Sejak 2012 Hingga 2015 – Hasni

ISKANDAR PUTERI, 18 April — Kerajaan negeri melebar 851.36 kilometer jalan kampung dengan kos RM 81.84 juta sejak 2012 hingga tahun lepas, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Johor,Datuk Ir Hasni Mohammad. Beliau berkata dalam tempoh tersebut sepanjang 96.39 kilometer jalan kampung yang baharu turut dibina. “Dalam tahun 2015 sahaja sepanjang 319.32 kilometer jalan […]

Jadikan Persidangan Peringkat Cawangan Medan Lontarkan Idea Perkukuhkan Parti – Helmi

KUALA LUMPUR, 08 April – Ketua Penerangan Pemuda UMNO Johor, Helmi Buang melihat persidangan Pemuda peringkat cawangan dan seterusnya peringkat bahagian adalah medan terbaik kepada pergerakan itu khususnya di negeri tersebut untuk melontarkan pandangan dalam usaha mengukuhkan lagi parti. Menurut beliau apa yang penting adalah tidak terbawa-bawa dan tidak terjerat dengan mainan pihak-pihak tertentu untuk melemahkan parti […]

Lebih 300 Perbincangan TPPA Diadakan Sejak 2013- Ahmad Maslan

JOHOR BAHARU, 21 Mac — Lebih 300 sesi perbincangan dan interaksi diadakan untuk menjelaskan mengenai kandungan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) sejak 2013 bagi mendapatkan input bernilai daripada semua pihak berkepentingan. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan berkata TPPA akan banyak memberi manfaat kepada Malaysia kerana ia bakal membuka lebih banyak ruang bagi […]

Rintis Muafakat, Jangan Terperangkap Permainan Politik Pembangkang – Helmi

PONTIAN, 10 Mac – Ahli UMNO terutama di kalangan Pemuda UMNO diminta agar tidak terperangkap dengan permainan politik semasa apatah lagi menerusi tindak tanduk musuh UMNO yang akan sentiasa mengintai dan mengambil peluang untuk menghancurkan UMNO lebih-lebih  lagi menggunakan peluang ini dari dalam kelompok UMNO itu sendiri, demikian peringatan yang diberikan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Negeri Johor, Helmi Buang. […]

Deklarasi Mahathir Tidak Akan Berjaya – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 8 Mac  — Usaha kumpulan ‘Deklarasi Mahathir’ tidak akan berjaya kerana kebanyakan isu yang dibangkitkan telah dijawab oleh pelbagai pihak, kata Pengerusi Biro Teknologi Maklumat UMNO Datuk Ahmad Maslan. Ahmad, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata beliau telah membaca keseluruhan deklarasi itu, dan kebanyakan isu yang dibangkitkan telahpun dijawab dalam […]

1 9 10 11 12 13 15