JPDC Jangka Lebih Ramai Penduduk Penggerang Terima Manfaat Daripada TVET

JOHOR BAHRU, 22 Okt — Johor Petroleum Development Corporation Bhd (JPDC) menjangkakan lebih ramai penduduk tempatan di Pengerang bakal menerima manfaat hasil penekanan kerajaan terhadap Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dalam Bajet 2017. Ketua Eksekutifnya Mohd Yazid Ja’afar berkata dengan peruntukan sebanyak RM360 juta kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran, contohnya, lebih ramai belia tempatan berupaya merebut peluang pekerjaan berkemahiran […]

Draf Kerangka Undang-Undang Jenayah Seksual Kanak-Kanak Akan Dibentang Ke Kabinet

KUALA LUMPUR, 4 Okt — Draf kerangka undang-undang mensenai jenayah seks terhadap kanak-kanak akan dibentangkan ke Kabinet sebelum dikemukkan ke Jabatan Peguam Negara bagi tujuan merangka akta berkenaan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata cadangan draf kerangka undang-undang yang telah siap itu telah dibentangkan kepada semua anggota Pasukan Petugas Mengenai Jenayah Seksual pada mesyuarat […]

Konsep Bermadu Dalam Politik Hanya Rugikan Rakyat – Azalina

KOTA TINGGI, 23 Sept – Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Azalina Othman Said menyifatkan konsep ‘bermadu dalam politik’ hanya akan merugikan rakyat. Menurut beliau, konsep ‘bermadu dalam politik’ itu membabitkan tindakan segelintir masyarakat yang mengundi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Anggota Parlimen dari wakil pembangkang tetapi tetap mengadu masalah tempatan yang dihadapi kepada pemimpin […]

Isu Bangsa Johor : Parti Pribumi Bakal Hadapi Cabaran Sokongan Orang Johor

KOTA TINGGI, 27 Ogos – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein percaya tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyentuh isu Bangsa Johor baru-baru ini akan menyebabkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang ditubuhnya berdepan cabaran mendapatkan sokongan orang Johor. Menurutnya, ini berikutan rakyat Johor lebih mementingkan semangat bangsa dan institusi Raja-Raja […]

Dakwaan UMNO Johor Berpecah Hanya Propaganda Politik- Syed Sis

PENGERANG, 22 Ogos – Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pengerang, Datuk Syed Sis A Rahman berkata dakwaan kononnya UMNO Johor berpuak-puak, berpecah dan lemah, susulan penggantungan dan pemecatan Tan Sri Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden UMNO adalah tidak benar sama sekali malah ianya bertujuan jahat bagi memastikan UMNO tumbang di negeri ini. Jelasnya, bukan menjadi satu rahsia lagi […]

Jangan mudah terpengaruh kata-kata bekas pemimpin

KOTA TINGGI 01 Ogos – Rakyat diingatkan supaya tidak mudah termakan kata-kata bekas pemimpin yang mahu mewujudkan porak-peranda dengan membawa masuk elemen asing ke negara ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, rakyat mesti bijak menilai apa sahaja tuduhan dan gerakan untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang […]

Mahkamah Khas Siber Dijangka Mula Beroperasi Di KL September Ini – Azalina

KUALA LUMPUR, 21 Julai – Fasa pertama Mahkamah Khas Siber bagi membicarakan kesalahan jenayah di bawah undang-undang siber dijangka mula beroperasi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, September ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata fasa seterusnya melibatkan Selangor dan Johor kerana negeri-negeri berkenaan turut mencatatkan kes jenayah siber yang tinggi, sebelum disusuli negeri-negeri lain. “Kerajaan berpendapat […]

SPRM Sudah Buat Siasatan Rapi Sebelum `Tahan’ LGE

JOHOR BAHRU, 30 Jun – Timbalan Ketua UMNO Bahagian Penggerang, Dato’ Syed Sis Abd Rahman menyifatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuat siasatan rapi sebelum ini dan yakin ada asas untuk menangkap dan mendakwa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Tambahnya,  SPRM harus tegas dalam usahanya menghapus rasuah  apatah lagi kes-kes yang melibatkan […]

Pengerang Bakal Tubuh PBT 1 Julai Ini

PENGERANG, 22 Mei – Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pengerang, Datuk Syed Sis A Rahman berkata, kerajaan negeri akan menubuhkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Pengerang bermula 1 Julai ini sebagaimana yang dinyatakan dalam ucapan bajet Menteri Besar Johor tahun lalu dan ianya akan dikendalikan oleh Johor Corporation (JCorp). Jelasnya, walaupun operasi secara rasmi adalah pada 1 Januari […]