MB Bersama Sukarelawan Ihsan Johor

PASIR GUDANG, 22 Okt – Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin bergambar bersama para sukarelawan Ihsan Johor, selepas meninjau program pembinaan rumah oleh sukarelawan itu di Kampung Plentong Baru, Masai, hari ini. (Pic: JAUHAR)

Johor Sokong Bajet 2017, Dua Perkara Diberi Perhatian

MASAI, 22 Okt – Kerajaan Negeri mengalu-alukan dan menyokong pengumuman Bajet 2017 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak semalam. Antara dua perkara yang diberi perhatian oleh Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin adalah mengenai soal jurang di antara pelaksanaan dan dasar serta soal ketirisan. Beliau menegaskan jurang di antara pelaksanaan […]

Rekod BN Berjaya Terjemah Manifesto – MB Johor

JOHOR BAHRU, 8 Okt  — Rekod bersih Barisan Nasional dalam menterjemahkan agenda, manifesto dan pemerintahan jadi ukuran buat rakyat menilai kemampuan kerajaan Johor memimpin negeri ini. Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata 99.2 peratus manifesto yang dijanjikan pada pilihan raya lalu telah dilaksanakan. “Semua parti pembangkang pasti akan mengeluarkan kenyataan yang sama untuk meraih sokongan rakyat. “Kita […]

BN Johor Tidak Terjejas Pelantikan ADUN Jorak Dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia

JOHOR BAHRU, 7 Okt — Barisan Nasional (BN) di negeri ini tidak sesekali tergugat dengan pelantikan bekas pemimpin UMNO Johor Datuk Dr Shahruddin Md Salleh sebagai Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Malah, Pengerusi BN Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata perkembangan itu akan menyebabkan BN lebih bersemangat untuk bekerja kuat bagi menghadapi Pilihan […]

UMNO Johor Sambut Baik Cadangan Akta Sumbangan Dan perbelanjaan Politik

JOHOR BAHRU, 1 Okt – Badan Perhubungan UMNO Johor menyambut baik cadangan untuk memperkenalkan Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik bagi memastikan amalan budaya politik yang sihat. Pengerusinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata itu merupakan satu usaha yang terbaik supaya semua parti dapat mengamalkan cara politik yang lebih baik selain dapat mengawal sumbangan yang datang […]

Johor Komited Capai Sasaran Negeri Bebas Dadah 2018 – Ayub

JOHOR BAHRU, 29 Sept — Kerajaan negeri yakin mampu mencapai sasaran ‘Johor Bebas Dadah 2018’ dan akan terus mempergiatkan usaha merealisasikan hasrat tersebut dengan menumpukan usaha kepada golongan belia. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Ayub Rahmat berkata program yang dilancarkan pada pertengahan tahun lalu telah mendapat reaksi positif pelbagai pihak. “Kami meletakkan […]

Sumbangan Kepada Wakil Ketua Masyarakat Penduduk Pasir Gudang

PASIR GUDANG, 28 Sep – Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin meluangkan masa bersama-sama ketua organisasi dan wakil ketua masyarakat serta penduduk di sekitar Pasir Gudang. Beliau turut menyampaikan sumbangan kepada 27 penerima dari Parlimen Pasir Gudang bagi menjayakan pelbagai projek termasuklah sekolah, sekolah agama, badan bukan kerajaan (NGO), pertubuhan belia dan tokong serta kuil. Sumbangan […]

Amalkan Budaya, Kepercayaan Tanpa Gangguan

JOHOR JAYA, 11 Sept – Kerajaan sentiasa menyokong kebebasan setiap kaum di negara ini untuk mengamalkan budaya dan kepercayaan agama masing-masing tanpa sebarang gangguan. Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata, sambutan pelbagai acara kebudayaan termasuk Pesta Tanglung oleh masyarakat Tiong Hua di negara ini adalah salah satu bukti kerajaan tidak mengamalkan konsep asimilasi. […]

1 50 51 52 53 54 66