Militan: Jangan kait Maahad Tahfiz

JOHOR BAHRU  – Institusi tahfiz sama sekali tidak mendidik pelajar menjadi pengganas sebaliknya kehendak peribadi seseorang yang mendorong mereka sehingga mahu menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS). Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Abd. Mutalip Abd. Rahim berkata, faktor lain yang membuat seseorang terdorong untuk bertindak demikian mungkin juga disebabkan pengaruh rakan ataupun media sosial. “Adalah tidak […]

Sediakan Profil Syarikat – Nasihat PUJB Kepada Pengusaha IKS

SEGAMAT – Pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) di ne­geri ini disaran menyediakan profil syarikat masing-masing bagi memudahkan bantuan termasuk khidmat nasihat dan geran dapat disalurkan segera kepada mereka. Pengurus Besar Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. (PUJB), Hahasrin Hashim berkata, profil syarikat yang lengkap amat penting kerana pada peringkat awal sebarang permohonan untuk mendapatkan bantuan […]

150,000 dijangka kunjung Festival Layang-Layang

PASIR GUDANG 25 Feb. – Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang Ke-20 yang diadakan selama lima hari bermula hari ini dijangka menarik kehadiran kira-kira 150,000 pengunjung dari dalam dan luar negara. Pengerusi jawatankuasa penganjur, Md. Za’nal Misran berkata, festival kali ini membawakan tema ‘Mencorak Keharmonian’ yang bermaksud membina jambatan kepada persahabatan yang kukuh sesama peserta dan […]

Permohonan Pengampunan Anwar Ibrahim Cemarkan Sistem Keadilan Di Malaysia.

JOHOR BAHRU, 25 Feb- Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi hari ini mempertikai permohonan pengampunan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana permohonan ini baginya telah mencemarkan sistem keadilan di Malaysia “Bagaimana seorang Peliwat boleh memohon pengampunan? Ia akan menjadi “Bad Precedent” terutama kalau diampunkan. Bayangkan selepas ini ramailah peliwat dan perogol akan memohon […]

Pemuda UMNO JB Anjur BizChamp Anak Muda 2015

JOHOR BAHRU- Dalam usaha melahirkan golongan usahawan gene­rasi muda, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru akan menganjurkan BizCamp Anak Muda (BAM) di D’Impian Resort, Muar pada 13 hingga 15 Mac ini. Ketuanya, Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata, program yang dianjurkan Kelab Sukan, Rekreasi dan Komuniti (SRCC) itu juga bertujuan berkongsi ilmu perniagaan dengan golongan muda. […]

Razali Selar Kenyataan Pembangkang Mahu Bebas Anwar Jika Memerintah

MUAR,  — Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim menyelar kenyataan Penasihat DAP Lim Kit Siang yang berkata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh dibebaskan jika pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti. Razali berkata kenyataan itu menunjukkan tanda-tanda parti pembangkang mahu campur tangan dalam bidang perundangan. “Kenyataan itu hanya untuk memberi semangat […]

Johor henti eksport ?ikan ke Singapura

PAGOH 15 Feb. – Kerajaan negeri menghentikan eksport lima jenis ikan, udang besar dan ayam ke Singapura sejak 1 Januari lalu hingga 28 Februari ini bagi memastikan bekalan bahan makanan itu mencukupi sepanjang sambutan Tahun Baharu Cina ini. Pengerusi Jawatankuasa dan Industri Asas Tani negeri, Ismail Mohamed berkata, ikan dilarang dieksport ialah kembung, cencaru, selayang, […]

Tindakan biadab, malukan Pas sendiri- Hamim

Tindakan biadab, malukan Pas sendiri- Hamim

LEDANG 15 Feb. – Tindakan segelintir penyokong Pas melemparkan kata-kata kesat terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pengebumian Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Jumaat lalu bukan sahaja biadab, malah memalukan parti itu. Ketua UMNO Bahagian Ledang, Datuk Ir. Hamim Samuri berkata, perbuatan tersebut tidak menggambarkan mereka sebagai […]

Jangan keluar kenyataan kalau tidak tahu – Ahmad Maslan

Jangan keluar kenyataan kalau tidak tahu – Ahmad Maslan

PONTIAN 15 Feb. – Pemimpin pembangkang yang bukan beragama Islam diingatkan tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyata­an mengenai agama Islam sekiranya tidak mempunyai pengetahuan mengenai perkara itu kerana ia boleh menyentuh sensitiviti penganutnya. Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, kenyataan yang mengkritik amalan agama Islam tidak wajar dikeluarkan kerana telah mencampuri urusan agama itu, sedangkan umat […]