Karnival Serlahkan Kehebatan 4.0, Himpunan Motosikal Terbesar Catat MBOR

NUSAJAYA, 30 Mei — Karnival Serlahkan Kehebatan 4.0 yang berlangsung di Dataran Mahkota, Kota Iskandar di sini, mencipta rekod baharu dalam Malaysia Book of Records (MBOR) hari ini apabila berjaya mencapai sasaran penyertaan perhimpunan 23,000 buah motosikal. Karnival anjuran Majlis Penyelaras Gabungan NGO Melayu Negeri Johor (Gabung) itu mencipta sejarah bagi perhimpunan motosikal terbesar di […]

Kerajaan Johor Salur Peruntukan Tambahan Untuk Selenggara, Bersih Sekolah Agama

JOHOR BAHARU, 31 Mei — Kerajaan Johor menerusi Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM2.815 juta bagi kerja penyelengaraan dan pembersihan di 563 sekolah agama negeri ini, tahun ini. Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata peruntukan itu merupakan tambahan kepada peruntukan sedia ada (RM2 juta) yang dibentang menerusi Bajet Johor 2015, tahun lepas. […]

Kabinet Bayangan Pembangkang Hanya Angan-Angan Mat Jenin

KLUANG, 29 Mei – Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, kabinet bayangan pakatan pembangkang hanyalah satu angan-angan mat jenin yang tidak berpijak di bumi nyata. Ianya hanyalah satu skrip basi dengan tujuan mengelirukan rakyat kononnya mereka lebih baik daripada Barisan Nasional (BN). Jelas Khairul, jika mendaftarkan gabungan pun tidak mampu dilakukan, […]

Semua Pihak Berperanan Jayakan RMK11 – Razali

MUAR, 29 Mei – Semua pihak mempunyai peranan masing-masing dalam menjayakan pelan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) supaya harapan agar negara mencapai status negara maju tercapai. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata bukan masanya lagi rakyat melayan segala fitnah yang ditabur pelbagai pihak yang kononnya apa yang dilakukan Kerajaan Pusat tidak menepati […]

Pembinaan Rel Keretapi Berkembar Gemas-Johor Sesuatu Yang Ditungu-Tunggu – Ali Mazat

KULAIJAYA, 28 Mei – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai , Yb Ali Mazat Salleh percaya pembinaan rel keretapi berkembar Dari Gemas ke Johor Bahru bakal memberi limpahan manfaat kepada kawasan berkenaan. Sambil mengalu-alukan rancangan berkenaan sepertimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak, ketika pembentangan RMK 11 baru-baru ini […]

Jangan Terkejut…Pas Sekadar Pemerhati Sekiranya Terus Biar Dap ‘Bersuara’

KLUANG, 27 Mei – Setiausaha UMNO Johor  Md Jais Sarday berkata, Pas harus berhati-hati dengan rakan sekutunya Dap sekiranya mahu melihat parti itu terus kukuh dan mempunyai suara. Sekiranya tidak, maka tidak mustahil perjuangan Pas sekadar hanya akan tinggal nama. Jelas Jais, ini kerana Dap dilihat semakin berani untuk mengkritik sekutu mereka itu  khususnya menjelang […]

Kepimpinan UMNO diminta sentiasa bersama masyarakat dan aktiviti setempat

Kulaijaya, 26 Mei –  Jentera parti  diingatkan agar bukan sahaja aktif bersama masyarakat setempat malah perlu mempelbagaikan program agar ianya memenuhi citarasa kumpulan sasar. Ahli Dewan Undangan Negeri  (ADUN) Bukti  Permai , Haji Ali Mazat Bin Hj Salleh berkata langkah berkenaan cukup penting kerana ramuan daripada kedua-duanya bakal memberi impak yang positif terhadap parti. “Kita […]

Johor pusat pendidikan serantau

SEGAMAT 22 Mei – Negeri ini bakal menjadi pusat perkembangan pendidikan serantau apabila hab pendidikan di Pagoh, Educity di Nusajaya dan pusat pembangunan kemahiran di Kota Tinggi siap dibina kelak. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Md. Jais Sarday berkata, Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (HPTP) akan menumpukan pembangunan universiti awam, manakala Educity […]

UMNO Bahagian Di Seluruh Negara Wajib Wujud Kelab Pidato – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 23 Mei — Semua UMNO bahagian di seluruh negara wajib menubuhkan sebuah kelab pidato untuk menyampaikan penerangan berkenaan isu semasa kepada masyarakat setempat. Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia berkata arahan mengenai penubuhan kelab tersebut dibuat secara bertulis hari ini dan berkuat kuasa serta merta. “Surat arahan […]