Hasrat Pembangkang Himpit Johor Tidak Pelik Dan Bukan Perkara Baru

KUALA LUMPUR  20 Ogos – Hasrat pembangkang untuk terus menghimpit Johor sebagai sasaran mereka bukan satu perkara baru kerana sebelum ini pun perkara yang sama pernah diwar-warkan. Justeru Ketua Penerangan UMNO Johor, Datuk Samsolbari Jamali yakin hasrat berkenaan sekadar hasrat kerana kerajaan negeri telah mengambil beberapa langkah yang efektif dalam menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat. […]

Penjelasan Zeti… Percaya Media Sosial Atau Bank Negara?

KUALA LUMPUR 19 Ogos – Penjelasan Bank Negara Malaysia (BNM) oleh Gabenornya  Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berhubung siasatan transaksi oleh 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan laporan berserta cadangan untuk tindakan bersesuaian yang sudah dihantar kepada Peguam Negara awal minggu ini membuktikan segala andaian dan segala cerita yang disebar menerusi media sosial adalah tidak […]

Anggota UMNO Jangan Leka Layan Dakyah Tentang Komplot Gulingkan Kerajaan – Razali

ROMPIN, 19 Ogos – Anggota UMNO digesa agar tidak leka melayan dan percaya dengan dakyah kononnya 20 anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) terlibat dalam komplot menggulingkan kerajaan seperti tersebar dalam media sosial. Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Razali Ibrahim berkata ia merupakan satu pembohongan, berniat jahat dan sengaja dicetuskan untuk memecah-belahkan keharmonian dan perpaduan di […]

Johor Akan Kekal Kubu Kuat UMNO – Anuar Manap

SEKIJANG, 19 Ogos – Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Abd Manap berkata, walaupun rakyat Johor sedikit terusik dengan pengguguran Tan Seri Muhyiddin Yassin daripada kabinet, namun rakyat negeri ini sedar dan terus berpegang bahawa UMNO adalah sebuah parti tunjang yang seharusnya diselamatkan dahulu daripada memikirkan nasib pemimpin. Kerana itulah ujarnya, ahli UMNO di negeri ini terus […]

Kibar Jalur Gemilang & Kayuhan Merdeka

JOHOR BAHARU, 18 OGOS — Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Datuk Ayub Rahmat (dua kanan) mengibarkan bendera Jalur Gemilang pada majlis pelancaran Kibar Jalur Gemilang dan Kayuhan Merdeka di Bangunan Majlis Perbandaran Johor Baharu Tengah (MPJBT) hari ini.  

Kibarkan Jalur Gemilang Dengan Rasa Megah Dan Rasa Cinta Pada Negara – Khaled Nordin

MERSING, 18 Ogos — Jalur Gemilang, bendera rasmi Malaysia, bukanlah sekadar dikibar deng an perasaan kosong, tetapi ia harus dikibarkan dengan rasa bangga dan cinta pada negara, kata Menteri Besar Johor Datuk Seri Khaled Nordin. Malahan, beliau berkata, nilai patriotisme yang dicapai ketika mengibarnya, juga sebagai tanda simbolik mengenang ribuan perwira negara yang terkorban dalam usaha memastikan Malaysia merdeka daripada […]

Dua Lagi Kematian Akibat Denggi Dicatatkan Di Johor Sehingga 15 Ogos

JOHOR BAHARU, 18 Ogos — Jumlah kematian akibat demam denggi di Johor meningkat kepada 23 kes sejak Januari, dengan dua korban terbaharu direkodkan pada minggu ke-32 yang berakhir 15 Ogos lepas. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Datuk Ayub Rahmat berkata jumlah kematian itu menunjukkan peningkatan berbanding 18 kes bagi tempoh sama tahun lepas, dan ia adalah sesuatu […]

Guling Kerajaan: Tiada Ahli BNBBC Terlibat

KUALA LUMPUR 17 Ogos – Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) menafikan ada kalangan ahli-ahli­nya terlibat dalam komplot menggulingkan kerajaan. Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, dakwaan tersebut ternyata tidak berasas sama sekali dan pihaknya akan mengadakan sidang akhbar esok berhubung isu berkenaan. “Ahli-ahli BNBBC tidak terlibat dan esok kita akan adakan sidang akhbar di […]

Guling Kerajaan: Anggota Parlimen Pasir Gudang Buat Laporan Polis

JOHOR BAHARU, 17 Ogos  — Anggota Parlimen Pasir Gudang Normala Abdul Samad hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan mengaitkan dirinya terlibat dalam komplot menggulingkan kerajaan seperti tersebar di laman sosial. Ketua Wanita UMNO Bahagian Pasir Gudang itu tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam kira-kira 5 petang dan selesai membuat laporan, sejam kemudian. Normala yang […]