Kenaikan Gaji Guru Agama : Usaha Berterusan Perkemas Pendidikan Agama

KUALA LUMPUR, 21 Sept – Kenaikan gaji guru-guru agama di seluruh negeri Johor pada pembentangan bajet negeri itu sebelum ini bukan sahaja menunjukkan kerajaan negeri menjaga kebajikan guru sekolah agama tetapi juga memperlihatkan usaha memperkemas pendidikan agama. Malah ianya juga menunjukkan usaha bertersuan kerajaan negeri dalam memastikan pendidikan agama untuk anak-anak tidak ketinggalan demi masa […]

Anggota UMNO Perlu Teruskan Perjuangan Demi Perkukuhkan Parti – Najib

MUAR, 20 Sept — Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak meminta semua anggota parti supaya terus meniupkan semangat perjuangan demi memperkukuh parti keramat itu yang ditubuhkan sejak 1946. Perdana Menteri berkata jika anggota UMNO leka dan gagal menerapkan perjuangan parti yang luhur demi bangsa dan agama, parti itu akhirnya boleh menjadi lemah. “Yang menguatkan parti adalah roh perjuangan…kita […]

Pengislahan UMNO Johor Kukuh Parti, Sokong Presiden – Khaled

MUAR, 20 Sept — Pengislahan UMNO Johor bagi mengukuhkan lagi parti itu adalah bukti sokongan negeri ini kepada Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata sebagai permulaan, usaha mengislahkan UMNO Johor akan melibatkan  kepimpinan parti dan anggotanya dari kalangan profesional dan graduan. Beliau berkata dengan pelancaran badan […]

Hidup UMNO

  Muar, 20 September–Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersama kepimpina empat peringkat UMNO Bahagian Muar dan tetamu-tetamu jemputan melaungkan ‘ Hidup UMNO’ ketika bergambar kenang-kenangan pada majlis Perasmian Bangunan UMNO Bahagian Muar di sini petang ini. Turut bersama Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ketua UMNO […]

Perasmian Bangunan UMNO Muar

  Muar, 20 September–Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak memukul gong simbolik Perasmian Bangunan UMNO Bahagian Muar di sini petang ini. Turut bersama Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Ketua UMNO Bahagian Muar, Datuk Razali Ibrahim, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Melaka, Datuk Seri Ir. Idris Haron dan Setiausaha […]

Terima Papan Tanda Baharu

  Muar, 20 September–Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menyerahkan papan tanda baharu Cawangan UMNO kepada Ketua UMNO Cawangan Muarlite, Datuk Mohd Ismail Mohd Shah yang mewakili Ketua-ketua UMNO Cawangan pada majlis Perasmian Bangunan UMNO Bahagian Muar di sini petang ini. Turut bersama Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled […]

Tandatangani Plak Perasmian Bangunan UMNO Muar

  Muar, 20 September–Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menandatangani plak ketika hadir pada majlis Perasmian Bangunan UMNO Bahagian Muar di sini petang ini. Turut bersama Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ketua UMNO Bahagian Muar, Datuk Razali Ibrahim.

Bangunan Baru UMNO Muar Lambang Kekuatan UMNO Johor

MUAR, 20 Sept – Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, bangunan baru UMNO Bahagian Muar adalah satu simbol kekuatan UMNO di Johor khususnya di Muar. Ujarnya, bangunan tersebut adalah lambang iltizam pada perjuangan parti dan kerja keras semua ahli UMNO bahagian Muar. “Bangunan ini tidak mungkin terbina tanpa sumbangan ahli dan komitmen […]

UMNO Pegang Teguh Konsep Perkongsian Kuasa – Najib

MUAR, 20 Sept – Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata, tuduhan UMNO Rasis adalah tidak munasabah kerana UMNO dan Barisan Nasional (BN) masih kuat berpegang kepada konsep perkongsian kuasa. Jelasnya lagi, UMNO dan BN sentiasa percaya kepada konsep kepelbagaian dalam pentadbiran untuk berkongsi kuasa. Beliau juga menafikan Perhimpunan Rakyat Bersatu pada […]