RM124,740 untuk 179 masjid, surau di Muar

MUAR 19 Jun – Sebanyak RM124,740 diperuntukkan untuk 33 masjid dan 146 surau di daerah ini untuk aktiviti sepanjang Ramadan kali ini dengan setiap masjid memperoleh RM500 manakala surau RM300 selain keperluan asas sebanyak RM360 untuk program moreh. Ahli Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim berkata, bantuan barangan keperluan asas untuk moreh itu seperti gula dan […]

Golongan Wanita Turut Dibantu Dalam RMK 11

MUAR, 8 Jun – Komitmen kerajaan dalam membantu dan membimbing golongan wanita negara ini untuk berjaya dalam bidang keusahawanan, telah diterjemahkan melalui pelbagai polisi pembangunan negara dalam Bajet 2015 dan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) yang dibentangkan di Parlimen pada 21 Mei lepas. Antara sasaran dalam memartabatkan wanita dalam ekonomi ialah memastikan penglibatan wanita sebagai pembuat […]

Semua Pihak Berperanan Jayakan RMK11 – Razali

MUAR, 29 Mei – Semua pihak mempunyai peranan masing-masing dalam menjayakan pelan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) supaya harapan agar negara mencapai status negara maju tercapai. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata bukan masanya lagi rakyat melayan segala fitnah yang ditabur pelbagai pihak yang kononnya apa yang dilakukan Kerajaan Pusat tidak menepati […]

Individu Sebar Klip Video Muhyiddin Perlu Dikenakan Tindakan Tegas- Razali

MUAR, 23 Mei — Individu yang menyebarkan klip video ucapan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu program tertutup baru-baru ini bukan sahaja disifatkan sebagai pecah amanah tetapi perlu dikenakan tindakan tegas. Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Razali Ibrahim berkata, perbuatan individu itu sesuatu yang tidak boleh diterima kerana telah menimbulkan kekeliruan dan […]

Hospital Dan Klinik Kerajaan Di Johor Mampu Beri Khidmat Terbaik – EXCO Kesihatan

MUAR, 19 Mei — Hospital dan klinik kerajaan di Johor memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat walaupun jumlah pesakit yang menerima rawatan semakin meningkat setiap tahun, kata exco negeri Johor. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata walaupun kos rawatan yang dibelanjakan berjumlah RM1.8 bilion berbanding pendapatan yang diperoleh hanya RM32 juta […]

Johor Beri Tumpuan Serius Perkhidmatan Air Bersih

MUAR, 14 Mei — Kerajaan Johor tetap memberikan tumpuan serius dalam memastikan perkhidmatan air bersih dapat dinikmati rakyat negeri ini yang sentiasa bertambah seiring perkembangan ekonomi negeri, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Beliau berkata untuk itu kerajaan negeri sentiasa memastikan sistem pengurusan airnya cekap, mewartakan kawasan tadahan air dan menjaga kebersihan sungai […]

Anggota UMNO Perlu Bersatu Sempena Ulang Tahun UMNO Ke-69

MUAR, 10 Mei — Anggota UMNO perlu kembali bersatu sempena ulang tahun UMNO ke-69 esok, terutama dalam keadaan parti itu dibelenggu pelbagai masalah besar ketika ini. Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Razali Ibrahim berkata inilah masa yang paling sesuai kepada kira-kira 3.5 juta anggota UMNO untuk merenung kembali dan bermuhasabah diri bagi membuang perkara yang […]

Felda Dikatakan Nak Bankrap…Tapi Harga Rumah Untuk Generasi Kedua Turun

ROMPIN, 3 April – Bagaimana Felda yang dikatakan akan bankrap dengan keadaan ekonomi negara yang ditadbir Barisan Nasional (BN) didakwa merundum boleh menurunkan harga rumah untuk generasi kedua kepada RM90,000 seunit, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim. Menurut beliau pelbagai perancangan dan perbincangan dibuat berhubung harga rumah berkenaan dalam usaha membantu […]

Tawaran Harga RM90,000 Rumah Generasi Kedua Felda Libatkan Projek Seluruh Negara – Razali Ibrahim

MUADZAM SHAH, 3 Mei – Tawaran harga RM90,000 bagi skim jual beli seunit rumah di bawah projek Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) melibatkan keseluruhan 8,570 unit rumah projek itu di seluruh negara. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata kesemua rumah di 33 kawasan Felda itu, termasuk di Parlimen Rompin itu telah […]