Ahli UMNO Perlu Bersatu Untuk Terus Jaga Kedudukan Melayu, Islam – Razali

HULU IJOK, 2 Ogos  — Anggota UMNO perlu bersatu-padu untuk terus menjaga kedudukan orang Melayu dan agama Islam di samping meneruskan kesinambungan parti pada masa depan. Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata setiap anggota tidak boleh sewenang-wenangnya mendengar khabar angin yang boleh memecahbelahkan UMNO. “Jangan ada orang UMNO yang cuba mengambil kesempatan untuk melaga-lagakan kita kerana […]

Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian: Ruang Buat Ahli Perkukuh Perpaduan

LEDANG 28 Julai – Persidangan perwakilan UMNO bahagian di seluruh negara yang berlangsung hingga 31 Ogos ini perlu dimanfaatkan untuk mengukuhkan perpaduan dalam kalangan ahli ketika parti kini berdepan pelbagai cabaran. Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata, semua perkara yang boleh menimbulkan perbalahan dan percanggahan pendapat harus ditinggalkan atau ditangani dengan bijak […]

Jangan Jadi “Nasi Tambah” Sebar Info Tidak Sahih – Zaiton Ismail

MUAR, 8 Julai – “Saya sering ingatkan sama ada di dalam ucapan atau sembang santai bersama masyarakat setempat Dun Sungai Balang agar tidak menjadi “nasi tambah” dalam isu WSJ yang sedang hangat ketika ini, ” tegas ADUN Sungai Balang, Zaiton Ismail. Tambahnya, sebagai individu yang tidak duduk dalam organisasi yang terlibat dalam mentadbir negara, adalah […]

RM3 juta Wujudkan Persiaran Maharani

MUAR 7 Julai – Jalan Maharani yang terletak di tepi Sungai Muar sepanjang kira-kira satu kilometer di bandar ini akan dinaik taraf sebagai Persiaran Maharani dengan kos RM3 juta tidak lama lagi. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Muar (MPM), Ramlee A. Rahman berkata, proses menaik taraf jalan itu yang mendapat peruntukan daripada kerajaan negeri akan dilakukan […]

Berbuka Puasa di Rumah Penerima Bantuan Beri Impak Positif – Zaiton

MUAR, 7 Julai – Program Berbuka Puasa di sembilan rumah penerima bantuan adalah program yang lain dari kebiasaannya. ADUN Sungai Balang , Zaiton Ismail berkata, penerima bantuan mengalu-alukan kedatangan kami dan mereka sangat gembira. Selain memberi sumbangan wang tunai untuk meringankan perbelanjaan bulan Ramadhan, beliau dan sukarelawan DUN SG Balang juga membawa juadah berbuka puasa untuk sama […]

Jangan Persoal Kod Etika Pemakaian Di Pejabat Kerajaan – Razali

MUAR, 5 Julai – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim mengingatkan pihak tertentu termasuk pembangkang supaya tidak mempertikaikan kod etika pemakaian di pejabat kerajaan. Beliau berkata perkara itu tidak wajar dipersoal atau dipolitikkan kerana tujuannya untuk memastikan warga negara ini bersopan, bermoral dan berdisiplin semasa berurusan di kaunter awam. Kod etika berpakaian […]

Perjuangan pembangkang bukan untuk rakyat

MUAR 21 Jun – Pergolakan pembangkang ketika ini terutama antara Pas dan DAP membuktikan kerapuhan gabungan mereka, sekali gus membuktikan tujuan sebenar hubungan itu hanya untuk merampas kuasa dan bukan perjuangan untuk rakyat. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata, perkembangan tersebut perlu dinilai dan disedari rakyat kerana keutamaan mereka untuk menumbangkan kerajaan Barisan […]

Tiada Asas Untuk Tutup BTN – Razali

MUAR, 20 Jun  — Desakan DAP yang mahukan Biro Tatanegara (BTN) dimansuhkan adalah sesuatu yang tidak berasas dan membuktikan parti itu takut kepada kebenaran, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim. Beliau berkata selama ini BTN berperanan dan berjaya membentuk jati diri rakyat untuk lebih berjiwa patriotisme dan sebab itu pembangkang terutama DAP khuatir rakyat tidak akan […]