Lebih 1,700 Peneroka Felda Di Mersing Telah Menerima Geran Hak Milik Tanah

MERSING, 23 Okt – Kerajaan Negeri sehingga kini sudah mengurniakan 1,744 hak milik tanah kepada peneroka di 11 tanah Rancangan Felda di daerah Mersing. Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin memberi jaminan akan memberi geran hak milik tanah kepada baki 1,552 peneroka di seluruh daerah itu menjelang tahun hadapan. “Pada hari ini saya hendak […]

Meninjau Sistem Perparitan Bagi Tangani Masalah Pembiakan Nyamuk Aedes

MERSING, 24 Sep – ADUN Endau, YB Dato’ Haji Abd Latif Hj Bandi melakukan tinjauan ke sekitar Kg. Bahgia, Taman Sri Bayu dan Kg. Mersing Kanan pagi tadi bersama-sama YDP MDMG En. Jamil Hasni Abdullah, Ketua WHIP, Setiausaha MDMG, Ahli Majlis serta penduduk setempak bagi meninjau kawasan perparitan juga longgokkan sampai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. […]

Senarai Hitamkan Pemilik Premis Judi – Latif

ISKANDAR PUTERI, 8 Sept – Kerajaan Negeri akan mengambil tindakan tegas dengan menyenarai hitamkan mana-mana pemilik kediaman dan kedai yang membenarkan premis mereka digunakan untuk menjalankan aktiviti perjudian termasuk judi dalam talian. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Abd Latif Bandi berkata langkah menyenarai hitam yang berkuat kuasa serta merta itu dicapai menerusi […]

Johor Peruntuk RM50Juta Atasi Krisis Air Mersing- Khaled

TANGKAK, 31 Ogos — Kerajaan negeri hari ini memperuntuk serta-merta sebanyak RM50 juta bagi mengatasi krisis air di daerah Mersing. Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata sebagai permulaan, kerajaan negeri memutuskan untuk membuat saluran perpindahan air sejauh 30 kilometer bagi membantu Loji Air Tenglu di Sungai Lenggor. “Diharap ia mampu menyelesaikan masalah air di Mersing dan […]

Peti Pos Dasar Laut Diraja Pertama Di Malaysia

MERSING, 23 Ogos – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar meletakkan logo Rasmi Sultan Johor di atas Peti Pos Dasar Laut sebagai gimik perasmian Peti Pos Dasar Laut Diraja pertama di Malaysia. Pos Malaysia Bhd menerima dua pengiktirafan The Malaysia Book of Records (MBOR) atas usahanya meletakkan pos peti diraja dasar laut pertama dan taman terumbu […]

Karnival Muafakat Tani DUN Endau Berlangsung 26 Ogos Ini

KOTA ISKANDAR, 22 Ogos – Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan menganjurkan Karnival Muafakat Tani DUN Endau dan Sambutan 40 Tahun Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Endau pada 26 hingga 30 Ogos ini. Pengerusinya, Datuk Abd Latif Bandi berkata, ini merupakan tahun ke tiga Karnival Muafakat Tani ini diadakan, yang akan memberi peluang kepada masyarakat untuk […]

Golongan Muda Jangan Mudah Terpengaruh Dengan Parti Baru – Hisamuddin

MERSING, 16 Ogos – Ketua Pemuda UMNO Bahagian Mersing, Hisamuddin Hussin menyeru golongan muda khususnya ahli UMNO agar jangan terpengaruh dengan penubuhan parti baru yang menggelarkan mereka sebagai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi). Ini kerana agenda parti ini hanyalah semata-mata bermotifkan dendam dan untuk menjatuhkan kepimpinan sediada. Jelasnya, memang sudah terang lagi bersuluh penubuhan parti […]