Bancian Dua Kali Setahun, Elak Penyewa PPR Sewakan Rumah

KOTA ISKANDAR, 22 Nov – Kerajaan Negeri melalui Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perumahan mengadakan bancian dua kali setahun bagi membendung penyewa rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) mengambil kesempatan menyewakan unit kediaman mereka kepada pihak ketiga. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Abd Latif Bandi berkata bancian itu dijalankan enam bulan sekali dan […]

Kerajaan Johor Cadang Kenakan Caj Pemajuan

JOHOR BAHRU, 25 Okt – Kerajaan Negeri Johor bercadang mengenakan Caj Pemajuan ke atas pembangunan yang akan dilaksanakan, selaras peruntukan Seksyen 32 Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Abd Latif Bandi berkata perkara tersebut kini di peringkat akhir perbincangan sebelum dibentangkan kepada Menteri Besar, Dato’ Mohamed […]

Lebih 1,700 Peneroka Felda Di Mersing Telah Menerima Geran Hak Milik Tanah

MERSING, 23 Okt – Kerajaan Negeri sehingga kini sudah mengurniakan 1,744 hak milik tanah kepada peneroka di 11 tanah Rancangan Felda di daerah Mersing. Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin memberi jaminan akan memberi geran hak milik tanah kepada baki 1,552 peneroka di seluruh daerah itu menjelang tahun hadapan. “Pada hari ini saya hendak […]

Meninjau Sistem Perparitan Bagi Tangani Masalah Pembiakan Nyamuk Aedes

MERSING, 24 Sep – ADUN Endau, YB Dato’ Haji Abd Latif Hj Bandi melakukan tinjauan ke sekitar Kg. Bahgia, Taman Sri Bayu dan Kg. Mersing Kanan pagi tadi bersama-sama YDP MDMG En. Jamil Hasni Abdullah, Ketua WHIP, Setiausaha MDMG, Ahli Majlis serta penduduk setempak bagi meninjau kawasan perparitan juga longgokkan sampai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. […]

Senarai Hitamkan Pemilik Premis Judi – Latif

ISKANDAR PUTERI, 8 Sept – Kerajaan Negeri akan mengambil tindakan tegas dengan menyenarai hitamkan mana-mana pemilik kediaman dan kedai yang membenarkan premis mereka digunakan untuk menjalankan aktiviti perjudian termasuk judi dalam talian. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Abd Latif Bandi berkata langkah menyenarai hitam yang berkuat kuasa serta merta itu dicapai menerusi […]

Johor Peruntuk RM50Juta Atasi Krisis Air Mersing- Khaled

TANGKAK, 31 Ogos — Kerajaan negeri hari ini memperuntuk serta-merta sebanyak RM50 juta bagi mengatasi krisis air di daerah Mersing. Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata sebagai permulaan, kerajaan negeri memutuskan untuk membuat saluran perpindahan air sejauh 30 kilometer bagi membantu Loji Air Tenglu di Sungai Lenggor. “Diharap ia mampu menyelesaikan masalah air di Mersing dan […]