Berbuka Puasa Bersama Mangsa Ribut

KLUANG, 1 Julai – ADUN Mahkota, Md Jais Sarday berbuka puasa dan solat Maghrib bersama mangsa-mangsa ribut di Mesjid Kampung Tengah, Kluang. Antara mangsa ribut yang hadir, Cikgu Sheikh Ali (Ahli PAS) yang pernah mengajar di Sekolah Kebangsaan Chamek, 30 tahun dulu. Inilah bukti bahawa perbezaan pendapat dan pendangan politik tidak sepatutnya menjarakkan hubungan sesama kita.

Kesepakatan Dalam BN Tidak Mampu Di Tiru – Jais Sarday

KLUANG, 18 Jun – Ketua UMNO Bahagian Kluang, Md Jais Sarday berkata, kesepakatan yang terdapat dalam Barisan Nasional (BN) adalah yang terbaik dan tidak mungkin digapai oleh pakatan lain. Jelasnya, walaupun pakatan lain ditubuhkan selepas pembubaran pakatan pembangkang sediada namun tidak mungkin akan wujud kesepakatan dan keserasian seperti BN. “BN yang terdiri daripada pelbagai bangsa […]

Ribut lima minit bawa kemusnahan RM2.04j

KLUANG 3 Jun – Taksiran awal jumlah kerugian harta benda dan kerosakan akibat bencana ribut dan angin kencang yang melanda lapan taman perumahan di daerah ini petang semalam, dianggarkan seba­nyak RM2.04 juta. Antara taman yang terlibat ialah Taman Indah Jaya 1 dan 2, Taman Korakyat, Taman Ilham, Taman Bertuah, Taman Dato Amar Diraja, Taman Sri […]

Kerajaan Negeri Johor Peruntuk RM100,000 Bantu Mangsa Ribut Di Kluang

KLUANG, 3 Jun – Kejadian ribut taufan di Taman Indah Jaya, Taman Matahari, Taman Korakyat dan beberapa yang lain telah menyebabkan 266 rumah mengalami kerosakan yang beranggaran RM2.04 juta Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri, Md Jais Sarday berkata, tuat masa ini, kerajaan negeri Johor menyediakan peruntukan berjumlah  RM100,000 dan Majlis Agama […]

Kabinet Bayangan Pembangkang Hanya Angan-Angan Mat Jenin

KLUANG, 29 Mei – Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, kabinet bayangan pakatan pembangkang hanyalah satu angan-angan mat jenin yang tidak berpijak di bumi nyata. Ianya hanyalah satu skrip basi dengan tujuan mengelirukan rakyat kononnya mereka lebih baik daripada Barisan Nasional (BN). Jelas Khairul, jika mendaftarkan gabungan pun tidak mampu dilakukan, […]

Jangan Terkejut…Pas Sekadar Pemerhati Sekiranya Terus Biar Dap ‘Bersuara’

KLUANG, 27 Mei – Setiausaha UMNO Johor  Md Jais Sarday berkata, Pas harus berhati-hati dengan rakan sekutunya Dap sekiranya mahu melihat parti itu terus kukuh dan mempunyai suara. Sekiranya tidak, maka tidak mustahil perjuangan Pas sekadar hanya akan tinggal nama. Jelas Jais, ini kerana Dap dilihat semakin berani untuk mengkritik sekutu mereka itu  khususnya menjelang […]

Jabatan Pendidikan Johor Laksana Enam Program Tangani Kes Buli Di Sekolah

NUSAJAYA, 10 Mei — Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) melaksanakan enam program tahun ini bagi menangani masalah kes buli di sekolah di negeri ini terutamanya penghuni asrama, persidangan Dewan Undangan Negeri Johor diberitahu hari ini. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Usahawan dan Penerangan Johor Md Jais Sarday berkata program itu merangkumi Program Integrasi Tangani Anti Sosial […]

Kasihan Hadi Awang Dibiar Terkontang Kanting Dilanyak Dap, PKR

KLUANG, 24 Mac – Sekali lagi kewibawaan Pas dan maruah Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diperkotak-katikkan oleh rakan sekutu merek sendiri. Kali ini ianya dilihat semakin memuncak apabila Pas bertegas mahu melaksanakan hukum hudud di Kelantan. Namun yang menjadi persoalannya kini adalah, di manakah suara pemimpin-pemimpin Pas yang lain bagi membela nasib presiden mereka […]

Persiapan Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor 90 Peratus Siap

JOHOR BAHARU, 11 Mac — Persiapan Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar sudah melebihi tahap 90 peratus. Pengerusi Jawatankuasa Publisiti Istiadat Kemahkotaan Md Jais Sarday berkata persiapan tersebut merangkumi urus setia, publisiti serta penyediaan pusat media kepada petugas tempatan dan antarabangsa. “Hanya berbaki 12 hari lagi untuk rakyat Johor menyaksikan Istiadat Kemahkotaan […]