Kerajaan Negeri Pandang Serius Penularan Fahaman Ekstremis Di Johor

NUSAJAYA, 11 Mei — Kerajaan negeri memandang serius kegiatan ajaran agama yang ekstremis di negeri ini terutama yang bertentangan dengan fahaman ahli Sunnah Wal Jamaah, kata Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor Abd Mutalip Abd Rahim. Beliau berkata usaha menyekat kegiatan seumpama ini adalah penting memandangkan ia dilihat semakin serius dan semakin menular di peringkat sekolah dan […]

Keluasan Rizab Melayu Johor 554,920 Hektar Sehingga 30 April Lepas

NUSAJAYA, 10 Mei — Keluasan tanah rizab Melayu Johor meningkat kepada 554,920 hektar dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini berbanding 432,157 hektar pada akhir tahun lepas, kata Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Beliau berkata kesungguhan kerajaan negeri dalam meningkatkan peratusan tanah rizab Melayu itu merupakan antara langkah diambil bagi mengawal pemilikan […]

SKMM Disaran Sekat Facebook Promosi Ganja Herba Perubatan

NUSAJAYA, 10 Mei  — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) disaran agar menyekat laman Facebook yang dikesan giat mempromosikan marijuana atau ganja sebagai herba perubatan. Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid Tengku Hamid Jumat (BN-Kempas) berkata ini kerana pihak pengendali Facebook yang menggunakan nama Malaysian Medical Marijuana itu sedang menyebarkan infomasi kepada masyarakat bahawa marijuana bukan dadah berbahaya tetapi mempunyai nilai […]

Johor Lantik Syarikat Konsesi Laksana Kerja Penyelenggaraan Jalan Negeri

NUSAJAYA, 10 Mei — Johor secara dasarnya bersetuju untuk melantik dua syarikat konsesi bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan jalan negeri, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri Datuk Ir. Hasni Mohammad. Menurut beliau, persetujuan untuk melantik Teto Engineering Sdn Bhd dan Amona Infra Care Sdn Bhd itu dicapai dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan […]

Denda RM250 buang sampah merata-rata di Johor

NUSAJAYA 13 April – Kerajaan negeri menerusi 16 pihak berkuasa tempatan (PBT) akan mengenakan denda sehingga RM250 bagi mereka yang membuang sampah di tempat awam sebagai kaedah mendidik masyarakat terutama dalam usaha merealisasikan hasrat menjadikan Johor bersih dan lestari. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Abdul Latif Bandi berkata, denda tersebut akan dikuatkuasakan […]

Seramai 1,500 Belia Islam Johor Akan Terima Bantuan Kembangkan Perniagaan

JOHOR BAHARU, 8 April– Seramai 1,500 belia Islam negeri ini bakal menerima bantuan bagi mengembangkan perniagaan menerusi peruntukan dana berjumlah RM1.5 juta, tahun ini. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Warisan dan Kebudayaan Datuk Zulkurnain Kamisan, berkata bantuan tersebut adalah rentetan kejayaan perlaksanaan program yang dimulakan pada tahun lepas. “Kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM650,000 tahun lepas […]

Komunikasi berkesan elemen penting siswa

JOHOR BAHRU 7 April – Generasi muda khususnya golongan mahasiswa harus melengkapkan diri dengan kemahiran komunikasi berkesan dalam usaha menempatkan mereka dalam industri pekerjaan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, kemahiran berkomunikasi dengan berkesan amat penting kerana itu merupakan antara aspek yang sering dititikberatkan pihak majikan dalam mencari pekerja. Menurutnya, […]

1 6 7 8