Shahrir Samad Hadir Di Pejabat SPRM Beri Keterangan Isu FELDA

Shahrir Samad Hadir Di Pejabat SPRM Beri Keterangan Isu FELDA

PUTRAJAYA, 3 Julai – Bekas Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi keterangan dipercayai berhubung kes yang disiasat SPRM membabitkan agensi kemajuan tanah persekutuan itu. Menurut sumber SPRM, Shahrir tiba di perkarangan pejabat SPRM pada 9.35 pagi tadi. “Saya difahamkan beliau hanya hadir untuk memberi […]

Shahrir Minta Anggota UMNO Bertenang, Hormati Undang-Undang

Shahrir Minta Anggota UMNO Bertenang, Hormati Undang-Undang

PUTRAJAYA, 3 Julai – Semua anggota UMNO diminta bertenang dan mematuhi  serta menghormati undang-undang negara ekoran penahanan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Bekas anggota  parlimen  Johor Bahru Tan Sri Shahrir Abdul Samad ini kerana penahanan Najib itu perlu ada bukti dan kes yang kuat supaya ia bukan sekadar hanya memenuhi senario yang diada-adakan. “Secara tidak langsung, kita akan pastikan juga undang-undang diaplikasikan agar tidak hanya menjadi sebahagian daripada senario […]

Pulihkan UMNO Proses Berat – Khaled

Pulihkan UMNO Proses Berat – Khaled

JOHOR BAHRU, 1 Julai  — Naib Presiden UMNO yang baharu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengakui usaha memulih dan mengembalikan kekuatan serta kredibiliti parti itu adalah satu proses yang berat dan mencabar. Bagaimanapun, beliau yakin berbekalkan semangat dan dukungan semua pihak, UMNO akan dapat dipulihkan selayaknya. Malah beliau juga bertekad memberikan fokus memastikan segala komitmen dan iltizam yang dizahirkan sepanjang […]

Khaled Nordin Sah Naib Presiden UMNO Ketiga – Tengku Adnan

Khaled Nordin Sah Naib Presiden UMNO Ketiga – Tengku Adnan

KUALA LUMPUR, 1 Julai  — Bekas Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini disahkan sebagai Naib Presiden UMNO yang ketiga dalam pemilihan parti bagi sesi 2018-2021. Pengumuman itu dibuat Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, namun beliau tidak mendedahkan jumlah undi yang diperoleh Khaled. Carian di laman web UMNO tidak […]

JDT Kekal Di Persada Liga Super

JDT Kekal Di Persada Liga Super

KUALA LUMPUR, 20 Jun — Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) terus melebarkan jurang mata dengan pencabar terdekat, Perak selepas mengatasi Terengganu FC (TFC) 2-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam ini. Kemenangan tersebut menyaksikan skuad Harimau Selatan terus memimpin carta Liga Super dengan kutipan 41 mata berbanding Perak yang mengumpul 28 mata selepas 16 perlawanan liga setakat ini. Pada aksi […]

Media Itali Dakwa TMJ Akan Beli Saham Kelab AC Milan

Media Itali Dakwa TMJ Akan Beli Saham Kelab AC Milan

KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) — Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim dikatakan sudah dimaklumkan oleh kelab Itali Seria A, AC Milan untuk menjadi pemegang saham kecil dalam kelab berkenaan. Menurut laporan media Itali, Presiden AC Milan, Yonghong Li sudah berunding dengan rakyat Malaysia berketurunan Melayu bagi membeli saham dalam kelab tersebut. Bagaimanapun, tiada pengesahan rasmi bahawa individu dimaksudkan ‘berketurunan Melayu’ seperti dipetik media Itali itu adalah Tunku Ismail yang juga merupakan pemilik kelab Johor […]

Tangguh Projek HSR Keputusan Wajar – Hasni

Tangguh Projek HSR Keputusan Wajar – Hasni

JOHOR BAHRU 13 Jun – Keputusan kerajaan tidak membatalkan projek Kereta Api Bgerkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura ) sebaliknya hanya menangguhkannya adalah wajar. Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Johor Datuk Hasni Mohammad berkata kewajaran itu berpaksikan kepada potensi industri rel yang bakal wujud menerusi projek berkenaan yang sudah tentu akan memberi peluang kepada rakyat untuk menceburinya. Ini juga membolehkan negara membangunkan […]

Harimau Selatan Atasi Tok Gajah 2-1 Di Kuantan

Harimau Selatan Atasi Tok Gajah 2-1 Di Kuantan

KUANTAN, 12 JUN – Juara Liga Super empat kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya menumpaskan Pahang 2-1, di Stadium Darul Makmur di sini, malam ini, sekali gus mengukuhkan cengkaman untuk mendahului carta Liga Super dengan perbezaan 11 mata. Tuan rumah cuba merobek pintu gol lawan pada minit ke-6 menerusi tandukan kencang Norshahrul Idlan Talaha […]

UMNO Johor Serah Laporan Siasatan Pemutihan Bahagian Mersing

UMNO Johor Serah Laporan Siasatan Pemutihan Bahagian Mersing

JOHOR BAHRU: UMNO Johor hari ini menyerahkan hasil siasatan terhadap isu pemutihan yang dijalankan parti itu di peringkat Bahagian Mersing kepada Ibu Pejabat untuk tindakan selanjutnya. Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Md Jais Sarday, berkata beliau menyerahkan laporan itu kepada Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di Kuala Lumpur, jam 12 tengah […]