Bajet 2019 Adalah Belanjawan Dap, Bukan Belanjawan Rakyat – Tok Mat Hasan


KUANTAN, 17 Nov – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, belanjawan yang dibentangkan oleh kerajaan baru-baru ini hanyalah belanjawan untuk orang-orang Dap sahaja, yang meminggirkan golongan nelayan, pekebun kecil, peneroka dan pesawah padi yang kebanyakan terdiri daripada orang-orang Melayu.

Menurut beliau, peruntukan untuk kawasan luar bandar dipotong dengan begitu banyak sekali yang cukup menjejaskan bantuan dan punca pendapatan kepada rakyat luar bandar yang majoritinya adalah terdiri daripada orang-orang Melayu.

“Jadi jelas sekali belajawan yang dibuat oleh kerajaan itu tidak memikirkan nasib rakyat di luar bandar yang majoritinya adalah terdiri daripada orang-orang Melayu. Belum pun habis bajet 2019 itu dibahaskan, Perdana Menteri baru-baru ini mengumumkan akan ada bajet tambahan. Mana pernah dibuat sebelum ini.

“Ini jelas menunjukkan bahawa di dalam Pakatan Harapan, namanya saja yang berpakat, namun hakikatnya mereka tidak berpakat langsung. Isu bajet ini sebagai contoh betapa dalam hal sebesar ini pun mereka tidak sepakat.

“PRK dengan agenda kepartian mereka, Amanah dengan agendanya terdiri, begitu juga dengan Dap dan PPBM. Inilah kelemahan yang amat ketara yang ada pada mereka menyebabkan pentadbiran negara begitu banyak kelemahannya di sana sini akibat tidak ada persepakatan di antara sesama mereka sendiri,” ujarnya.

Leave a Reply