“Tiada Sebab Saya Keluar UMNO” – Hishammuddin

“Tiada Sebab Saya Keluar UMNO” – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 19 Sept  – Anggota Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menafikan laporan media kononnya beliau merupakan antara Anggota Parlimen daripada UMNO yang akan meninggalkan parti itu.

“Jangan percaya spekulasi di luar sana. Bagi saya tiada sebab saya nak keluar parti. Tetapi saya rasa kepimpinan perlu tunjuk hala tuju yang jelas kepada kita semua ahli-ahli UMNO,” katanya kepada Bernama hari ini.

Hishammuddin mengulas laporan media kononnya beliau akan meninggalkan UMNO selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selama hampir dua jam di Putrajaya semalam.

Mengulas lanjut, bekas Naib Presiden UMNO itu menjelaskan pertemuannya dengan Dr Mahathir hanya ingin mendengar apa yang dirancang perdana menteri untuk masa depan bangsa dan negara.

Dalam tempoh tidak sampai 24 jam lepas, dua Anggota Parlimen daripada UMNO, Datuk Seri Mustapa Mohamed (Jeli) dan Datuk Seri Anifah Aman (Kimanis) telah mengumumkan meninggal parti tersebut.

Leave a Reply