Shahrir Samad Hadir Di Pejabat SPRM Beri Keterangan Isu FELDA

Shahrir Samad Hadir Di Pejabat SPRM Beri Keterangan Isu FELDA

PUTRAJAYA, 3 Julai – Bekas Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi keterangan dipercayai berhubung kes yang disiasat SPRM membabitkan agensi kemajuan tanah persekutuan itu.

Menurut sumber SPRM, Shahrir tiba di perkarangan pejabat SPRM pada 9.35 pagi tadi.

“Saya difahamkan beliau hanya hadir untuk memberi keterangan berhubung perkara berkenaan (Felda),” katanya kepada Bernama.

Shahrir, yang juga bekas Anggota Parlimen Johor Bahru meletakkan jawatan  sebagai pengerusi Felda pada 14 Mei lepas selepas dilantik ke jawatan itu pada 6 Jan 2017 oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak .

Peletakan jawatan Shahrir itu susulan kekalahan Barisan Nasional pimpinan Najib pada  Pilihan Raya Umum Ke-14.

Leave a Reply