Tangani Isu Peguam Negara Dengan Bijaksana – Khaled

Tangani Isu Peguam Negara Dengan Bijaksana – Khaled

JOHOR BAHRU 4 Jun – UMNO Johor berpendapat isu pelantikan Peguam Negara jika tidak ditangani dengan baik boleh mencetuskan ketidakstabilan kepada negara.

Justeru, Pengerusinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berharap perkara itu dapat diatasi dengan berhati-hati dan membawa manfaat kepada semua.

“Walaupun dari segi perlembagaannya, Yang di-Pertuan Agong perlu bertindak atas nasihat Perdana Menteri, tapi kadangkala kita juga sedar bahawa ada perkara-perkara yang lain yang mungkin tak dapat nak dipenuhi jika kita mentafsirkan perlembagaan itu secara langsung (strictly),” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat UMNO  Bahagian Pasir Gudang di Taman Rinting di sini sebentar tadi.

Justeru, beliau berharap semua pihak yang berkaitan menangani isu itu dengan kebijaksanaan tanpa lari daripada asas-asas perlembagaan serta perkara yang tersurat dan tersirat. -Utusan

 

Leave a Reply