Perteguh Kesatuan… Mesyuarat Cawangan, Bahagian Tentukan Jatuh Bangunnya UMNO Buat Masa Depan

Perteguh Kesatuan… Mesyuarat Cawangan, Bahagian Tentukan Jatuh Bangunnya UMNO Buat Masa Depan

KUALA LUMPUR, 28 Mei – Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata mesyuarat  UMNO di peringkat bahagian dan cawangan ketika ini untuk memilih saf kepimpinan adalah detik kritikal yang akan menentukan jatuh bangunnya UMNO buat masa depan.

Justeru beliau menyeru agar semua ahli tidak berkelahi dan memburukkan antara satu sama lain hanya kerana berbeza pendapat dan pendirian.

“Pilihlah saf kepimpinan dengan adil, matang dan berintegriti. Inilah kepimpinan yang dikehendaki rakyat untuk meneraju UMNO ke era baru. Gunakan ruang ini untuk memperbaiki parti dengan penuh hikmah dan kewarasan.

“Terimalah hakikat dan keluar dari kepompong kekalahan. UMNO tidak dibina berlandaskan wang ringgit, darjat dan kedudukan yang disandang. Jangan biarkan pemilihan ini meretakkan kesatuan UMNO”, katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau seterusnya mengingatkan bahawa UMNO berjuang untuk membela nasib bangsa Melayu dan rakyat.

Justeru tegasnya ketepikan ego, sifat angkuh, kepentingan peribadi dan politik menikam belakang.

“Inilah peluang kita untuk sama-sama meletakkan kembali perjuangan UMNO ke landasan yang betul”, ujarnya.

Leave a Reply