Beri Bantuan RM1,000 Kepada 19,000 Penjawat Awam Johor – Khaled

Beri Bantuan RM1,000 Kepada 19,000 Penjawat Awam Johor – Khaled

JOHOR BAHRU 26 Mei – Kerajaan negeri diharap dapat meneruskan pemberian bantuan khas sebanyak RM1,000 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kepada lebih 19,000 penjawat awam di negeri ini.

Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ini kerana keputusan mengenai pemberian bantuan khas itu dibuat lebih awal sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 bagi membantu kakitangan awam membuat persiapan perayaan itu dan Johor mampu membayainya.

“Saya sedar Menteri Besar (Datuk Osman Sapian) telah membuat kenyataan untuk menangguhkan semua keputusan dan program kerajaan terdahulu dan akan ikut semua tindakan Pusat.

“Namun dalam hal ini, saya berharap bantuan khas kewangan sempena Aidilfiri untuk penjawat awam sebanyak RM1,000 diteruskan. Ia akan beri manfaat kepada lebih 19,000 kakitangan awam negeri Johor,” katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi.

Mohamed Khaled yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri berkata, pemberian bantuan khas itu juga sebagai membalas jasa kakitangan awam yang berkhidmat menyumbang kepada pembangunan negeri ini.

 

Leave a Reply