JDT Tumpaskan NS Di Laman Sendiri

JDT Tumpaskan NS Di Laman Sendiri

JOHOR BAHRU 24 Mei – Johor Darul Ta’zim (JDT) terus gah di persada Liga Super apabila mengutip tiga mata selepas menewaskan Negeri Sembilan 2-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin di sini malam tadi.

Dua gol jaringan Gonzalo Cabrera membantu Harimau Selatan mengutip 28 mata selepas mengharungi 11 perlawanan menjarakkan kedudukan dengan pencabar terdekat, Perak yang mengutip 20 mata.

Gol pembukaan pasukan tuan rumah hadir pada minit ke-32 hasil jaringan Cabrera yang mendapat umpanan cantik Nazmi Faiz untuk meletakkan JDT di hadapan.

Dua pemain import baharu, Harry Novillo dan Jorge Santos masing-masing memperoleh peluang untuk menggandakan jaringan namun percubaan mereka gagal menerjah gawang lawan.

Pasukan pelawat cuba bangkit pada babak kedua dengan menggunakan semua pertukaran pemain untuk mengikat kedudukan tetapi tidak mampu menembusi benteng ampuh JDT.

Harimau Selatan berada di kedudukan selesa selepas Cabrera menjaringkan gol kedua peribadinya pada minit ke-75 menyempurnakan lorongan S.Kunanlan dengan memperdayakan penjaga gol lawan, Muhamad Ilham Amirullah untuk memastikan kemenangan berpihak kepada Harimau Selatan.

 

Leave a Reply