Minta Hishammuddin bertanding Presiden UMNO – Maulizan

Minta Hishammuddin bertanding Presiden UMNO – Maulizan

JOHOR BAHRU 21 Mei – Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang meminta Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempertimbangkan untuk bertanding sebagai Presiden parti pada pemilihan akan datang.

Maulizan mendakwa, cadangan tersebut adalah pendapat peribadi beliau dan beberapa ketua bahagian.

“Kami telah pun ada kata sepakat walaupun ini pendapat peribadi kami.

“Tapi kami minta sangat kepada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk mempertimbangkan supaya bertanding sebagai Presiden UMNO pada pemilihan akan datang,” katanya, di sini sebentar tadi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Perhubungan UMNO negeri yang dipengerusikan oleh Pengerusi UMNO negeri, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Yang turut hadir, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Md. Jais Sarday; Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Samsol Bari Jamali dan semua ketua bahagian serta wakil.

Maulizan berkata, gandingan pemimpin baharu seperti Hishammuddin dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin diyakini akan mengembalikan sokongan golongan muda kepada parti.


Leave a Reply