UMNO Tak Berdepan Masalah Untuk Pemilihan Parti – Tengku Adnan

UMNO Tak Berdepan Masalah Untuk Pemilihan Parti – Tengku Adnan

KUALA LUMPUR, 19 Mei – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memaklumkan bahawa UMNO tidak berdepan dengan sebarang masalah berkaitan pemilihan seluruh jawatankuasa termasuk Majlis Tertinggi UMNO.

Katanya, berdasarkan surat bertarikh 31 Oktober 2017, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia tidak mempunyai apa-apa halangan untuk membenarkan Pemilihan
Majlis Tertinggi UMNO dijalankan selewat-lewatnya pada 19 April 2019.

Jelasnya, Pendaftar Pertubuhan Malaysia telah bersetuju untuk memberi tempoh lanjutan masa dengan merujuk kepada Fasal 10.16 Perlembagaan Pertubuhan yang membenarkan penangguhan pemilihan di peringkat Majlis Tertinggi dalam tempoh yang tidak lebih daripada 18 bulan daripada tarikh yang sepatutnya diadakan iaitu pada 30 April 2018.

“Majlis Tertinggi UMNO telah menetapkan tarikh persidangan tahunan Cawangan UMNO dan Pergerakan sayap Wanita, Pemuda serta Puteri UMNO bermula Sabtu, 19 Mei 2018 sehingga Ahad, 10 Jun 2018.

“Mesyuarat UMNO di peringkat bahagian ditetapkan pada Sabtu, 30 Jun 2018. Persidangan ini dilaksanakan secara serentak dengan pemilihan parti di semua peringkat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Leave a Reply