ANWAR WALK THE TALK

ANWAR WALK THE TALK

Mohd Puad Zarkashi
MT UMNO. 17.5.2018.

Dalam sidang medianya selepas Mesyuarat Majlis Presiden tadi, Perdana Menteri masih mengekalkan Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan. Sebelum itu dia berkatq, nama Guan Eng hanyalah cadangan kerana belum angkat sumpah. Akibatnya ramai menyimpulkan perlantikan itu sebagai kes terlepas pandang dan mungkin dibatalkan.

Tetapi oleh kerana anggota Kabinet ini akan mengangkat sumpah pada hari isnin hadapan, maka apakah itu bermakna kes rasuah Lim Guan Eng akan digugurkan? Apatah lagi isnin adalah hari di mana kes perbicaraan Guan Eng sepatutnya disambung kembali.

Kalau itu berlaku ia membuktikan Perdana Menteri begitu berani membuat keputusan yang reverse dalam tempoh yang singkat. Perdana Menteri dilihat mentadbir negara secara solo kerana hahya dia seorang sahaja yang baru mengangkat sumpah.

Dalam tempoh tersebut dia telah mengarahkan Peguam Negara bercuti, memendekkan tempoh perkhidmatan Ketua Setiausaha Perbandaharaan, membatalkan keputusan ROS yang tidak meluluskan penubuhan Pakatan Harapan dan meluluskan semula pendaftaran parti PPBM yang sebelum ini diharamkan buat sementara waktu.

Apakah itu juga bermakna negara akan kembali kepada pemerintahan autokratik seperti sebelumnya. Jangan hairan selepas ini parti UMNO pula akan diharamkan dengan alasan alasan teknikal seperti yang dijangkakan.

Sebab itu serbuan ke atas rumah bekas Perdana Menteri di waktu dan kaedah yang tidak sesuai dilihat sebagai tindakan keterlaluan dan bertujuan untuk mengaibkan semata mata. Tindakan itu memberi gambaran pentadbiran hari ini adalah keras dan berdendam.

Tindakan mengekalkan Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan bakal memberikan signal yang pelbagai. Antaranya apakah soal intergriti diketepikan? Dan apakah amalan crony capitalism yang ditentang oleh Anwar akan terbiar begitu sahaja.

Anwar seperti tidak selesa dengan kehadiran Tun Daim. Manakala Daim pula berkatq masih terlalu awal untuk Anwar menjadi Perdana Menteri. Setelah bebas, Anwar bertegas tidak mahu menyertai Kabinet Kerajaan Tun Mahathir. Apakah itu bermakna Anwar mahu mengelak terbabit dengan lebih banyak lagi tindakan tindakan kontroversi oleh Perdana Menteri.

Semoga Anwar mengotakan janjinya iaitu untuk menyiasat amalan crony capitalism di zaman pemerintahan Mahathir selama 22 tahun. Kini dia telah bebas dan partinya adalah parti pemerintah maka sewajarnya dia mendesak disiasat kekayaan anak Perdana Menteri yang sering dipersoalkannya. Anwar, walk the talk.

Leave a Reply