Tee Yong Dan Isteri Mengundi Di SJKC Chaah

Tee Yong Dan Isteri Mengundi Di SJKC Chaah

LABIS 9 Mei – Calon Barisan Nasional (BN)  Parlimen Labis,  Datuk Chua Tee Yong dan isteri,  Datin Nessa Yap mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chaah pukul 8 pagi tadi.

Beliau yang juga penyandang kerusi Parlimen Labis sampai di pusat pengundian itu kira – kira pukul 8 pagi dan terus ke kaunter semakan untuk menunaikan tanggungjawab mereka.

Sebelum dibenarkan memasuki bilik pengundian mereka turut beratur panjang bersama – sama pengundi lain lebih 30 minit.

Mereka meninggalkan pusat pengundian berkenaan pukul 8.45 pagi untuk melawat pusat pengundian lain yang terdapat di kawasan Parlimen berkenaan.

Leave a Reply