Khaled Nordin Mengundi Di SK Taman Rinting 1

Khaled Nordin Mengundi Di SK Taman Rinting 1

PASIR GUDANG 9 Mei – Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Rinting 1, di sini kira-kira pukul 8.20 pagi ini.

Mohamed Khaled kemudian bersalaman dengan pengundi sebelum melawat beberapa Pusat Daerah Mengundi (PDM) di sekitar daerah ini yang berjumlah 43 semuanya.

Beliau yang merupakan calon Barisan Nasional (BN) akan bertanding kerusi Parlimen Pasir Gudang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas.

Leave a Reply