MOHAMED KHALED NORDIN – Ikon BANGSA Yang Berjaya

MOHAMED KHALED NORDIN – Ikon BANGSA Yang Berjaya

 

Sememangnya dunia akademik amat menghargai tokoh awam atas sumbangan idea bersifat keilmuan dengan pencapaian luarbiasa yang menjadi sumbangan besar kepada transformasi masyarakat dan negara.

Anugerah seperti ini hanya diberikan kepada tokoh-tokoh yang bukan calang-calang jasa,sumbangan dan pengorbanan terhadap pembangunan insan dalam membina sebuah negara bangsa.

Dalam hal ini YAB Datok Mohamed Khaled bin Nordin,Menteri Besar Johor merupakan ikon Bangsa Melayu yang boleh dibanggakan.

Lima tahun sebagai Menteri Besar Johor,beliau telah menerima tiga pengiktirafan kedoktoran oleh tiga institusi pengajian tinggi dalam negara.
Suatu pencapaian yang sukar diperolehi oleh manusia biasa.

Dalam hal ini sememangnya Mohamed Khaled Nordin mempunyai keupayaan luar biasa untuk mendengar dan menghormati pandangan bukan sahaja daripada ahli akademik,tetapi dari pelbagai golongan manusia .

Bagaimanapun, sebelum membuat keputusan beliau akan meneliti setiap pandangan daripada perspektif kesediaan untuk dilaksana dan impaknya kepada masyarakat serta kerajaan.

Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Keusahawanan adalah anugerah pertama yang diberikan oleh Universiti Binary pada tahun 2014.Sudah tentulah anugerah ini diberikan atas segala jasa beliau semasa menyandang jawatan Menteri Pembangunan dan Koperasi (2004-2008).

Banyak idea-idea bernas yang dicetuskan oleh beliau bagi menimbulkan minat dan melahirkan masyarakat usahawan yang berdaya saing.

Disusuli pula pada tahun 2015,beliau telah dianugerahkan pula Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan sempena Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ke-55.

Berdasarkan jasa dan sumbangan beliau kepada institusi pengajian tinggi negara semasa beliau menjawat jawatan Menteri Pengajian Tinggi (2008-2013).

Antaranya mengkaji semula Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara,memperkasakan peranan institusi pengajian tinggi,serta meningkatkan kualiti dan kecekapan dalam pelbagai aspek dari pengurusan,penyelidikan hinggalah pengambilan pelajar.

Ternyata pengalaman yang luas sebagai menteri kabinet telah banyak membantu beliau dalam mentadbir negeri Johor.

Sebagai Menteri Besar,adalah menjadi tanggungjawab beliau menentukan pencapaian ekonomi negeri sentiasa berada pada paras yang diharapkan.

Bukan itu sahaja,beliau juga sentiasa mencetuskan idea-idea baru dalam menyediakan berbagai-bagai peluang sokongan untuk melahir dan membangunkan masyarakat di kalangan Bangsa Johor.

Di atas kejayaan beliau melaksanakan ekosistem mesra keusahawanan dengan berjaya melahirkan begitu ramai usahawan perusahaan kecil dan sederhana,pihak Universiti HELP sebuah institusi pengajian tinggi swasta telah menganugerahkan beliau Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Ekonomi pada 23 April 2017.

Seharusnya Bangsa Johor berasa bangga dengan anugerah-anugerah yang telah diterima oleh Menteri Besar Johor yang sentiasa memikirkan soal-soal kemajuan negeri dan rakyatnya.Lontaran ideanya bagai permata,yang perlu digilap dengan bijaksana agar terpancar kilauannya.

Dalam merentas segala onak dan duri serta jatuh bangun sebagai seorang pemimpin yang tajam pemikirannya dan tinggi kesabarannya,beliau adalah seorang ikon yang boleh diberi jolokan sebagai Arkitek Bangsa Melayu Moden.

Campaklah di mana pun,walau di laut,asal benih yang baik tetap menjadi pulau !

Dengan mendasari pentadbiran pro rakyat,lima tahun yang pertama sebagai Menteri Besar Johor telah memperlihatkan kejayaan yang luar biasa pada sekeping tanah bernama Johor.

Menjadikan negeri ini sentiasa berada pada nombor satu di persada negara.Dengan meletakkan kepentingan rakyat sebagai agenda utama,hari ini kita melihat Johor adalah sebuah negeri termaju tanpa meminggirkan segala kepentingan bangsa.

Bangsa Melayu akan terus hidup selesa di dalam bandar,bersama bangsa-bangsa lain dalam ikatan dan acuan muafakat Johor.Malah beliau telah menawarkan suatu gagasan Johor yang berkemajuan untuk suatu dekad yang baharu.

Gagasan yang begitu sarat dengan tawaran-tawaran pembangunan duniawi dan ukhrawi yang meliputi berbagai peringkat umur.

Sebagai bangsa yang setia kepada raja,marilah kita sama-sama membantu dan berganding bahu membangunkan negeri tercinta ini dengan swadaya bangsa yang tersohor.

Jadilah sebahagian Team Johor dalam mengekalkan pentadbiran yang sedia ada agar Gagasan Johor Berkemajuan dapat kita laksanakan.

Mencari tempat bermandi,pertama teluk ke duanya pantai.Dalam memilih pemimpin negeri,pertamanya elok keduanya pandai !

Dalam membidik bintang dilangit
Jangan lupa rumput di bumi,
Ayuh kita maju dan bangkit
Pertahankan Johor yang Islami !

TUN MUTAHIR

Leave a Reply