1000 Penerima Diberi Kunci Rumah Mampu Milik MyHome – @KhaledNordin

 

JOHOR BAHRU, 6 Mei – Seramai 1000 penerima kunci Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome) di Bandar Dato Onn menerima kunci rumah masing-masing hari ini yang disempurnakan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation, Dato Kamaruzzaman Abu Kasim berkata, JLand telah berjaya membina dan menyiapkan 4 blok perumahan yang mengandungi 1000 unit rumah MyHome dan 16 unit PKJ B di Bandar Dato Onn berkenaan.

“Projek perumahan berkenaan telah memulakan kerja-kerja pembinaan pada Ogos 2014 dan telah siap pada Ogos 2017 dan dibina di atas kawasan seluas 16.47 ekar serta melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM172 juta.

“Harga jualan bagi seunit rumah MyHome adalah berjumlah RM99 ribu seunit dan insentif yang diberikan oleh kerajaan menerusi Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebanyak RM30 ribu.

“Insentif berkenaan diberikan kepada seramai 1000 pembeli di mana pembeli hanya perlu membuat bayaran sebanyak RM69 ribu seunit sahaja, katanya.

Leave a Reply