AWAS ! DAP IDAMKAN TANAH REZAB MELAYU (TRM) DI JOHOR !

AWAS ! DAP IDAMKAN TANAH REZAB MELAYU (TRM) DI JOHOR !

Tahukah anda bahawa Tanah Rezab Melayu (TRM) merupakan suatu amanah dan wasiat yang mesti dijaga,jangan sampai hilang…!

Malah merupakan identiti dan maruah orang Melayu,yang menjadi benteng strategik dalam sesebuah negeri.

Di Johor,strategi mempertahan dan memperluas TRM akan terus menjadi agenda utamanya jika Barisan Nasional terus diberi mandat oleh rakyat dalam pilihanraya ke 14 (PRU 14).

Tetapi AWAS ! Jika Pakatan Harapan (PH) yang didalangi oleh DAP,ditakdirkan berjaya menawan negeri Johor,tidak mustahil TRM akan semakin menyusut kembali dan terus hilang terutama di dalam kawasan bandar.Inilah yamg berlaku di Pulau Pinang,yang kini tiada langsung TRM.

Tidak dinafikan suatu ketika dahulu,dasar pengswastaan yang diperkenalkan oleh Muhyiddin Yassin sewaktu beliau menjadi Menteri Besar Johor (1985-1996) telah menjual kawasan-kawasan TRM dengan begitu rakus untuk dibangunkan. Inilah antara puncanya TRM di Johor Bahru semakn mengecil.

Hingga suatu tahap,orang Johor Bahru berjenaka mengatakan,Muhyidin Yassin akan menangis tiap kali melintasi tanah perkuburan Muhamadiah.Sebab apa? Sebab itu tanah kubur,dia tidak boleh nak jual dan bangunkan!

Bangsa Johor ketika itu amat bimbang dengan cara Muhyidin Yassin membangunkan kawasan-kawasan setinggan di bandar Johor Bahru.Habis kawasan lapang termasuk padang-padang bolasrpak untuk kegunaan para belia di jualnya dan didirikan pangsapuri mewah.

Soalnya adakah untuk menjadi sebuah bandaraya moden,semua tanah perlu dijual dan dibangunkan? Sehingga menjejaskan keluasan TRM !

Bukankah telah termaktup dalam perlembagaan persekutuan bahawa TRM tidak boleh sewenang2nya dijual atau dibangunankan tanpa memenuhi syarat2 yang telah ditetapkan?!

Sallahuddin Ayub suatu ketika dahulu,pernah memberitahu krpada dunia,bahawa Muhyiddin Yassin bertanggungjawab menjual tanah-tanah rezab Melayu kepada Singapura sekitar tahun 1992 !!

Membujur lalu melintang patah,tanah rezab melayu adalah maruah !!

Di atas kesedaran inilah, Menteri Besar Johor,YAB Datok Mohamed Khaled Bin Nordin tidak perlu menunggu terlalu lama dalam soal untuk meningkatkan kembali TRM di Johor.Beliau sedar semakin meruncingnya keluasan TRM di Johor.

Pertama difikirkan ialah memastikan orang-orang Melayu akan terus tinggal di dalam kawasan bandar,seiring dengan kemajuan yang akan dikecapi oleh Johor Bahru.Beliau tidak teragak-agak untuk menjadikan semua tanah-tanah setinggan yang diberikan hak milik kepada penduduk setinggan sebagai TRM.

Begitu halnya tanah-tanah felda yang diberi hak milik kekal oleh kerajaan negeri kepada para peneroka,semuanya diwartakan sebagai TRM.

Ini dilakulan semata-mata untuk memastikan TRM akan terus terbela dan bertambah keluasannya.Dalam masa lima tahun Khaled Nordin berjaya menambah kembali kawasan TRM di negeri Johor ! Hebatkan ?!

Daripada 294,000 hekter pada 2012, kini telah meningkat kepada 555,000 hekter pada tahun 2016 .

Malah Johor merupakan negeri yg mempunyai TRM tertinggi dibanding dgn negeri-negeri lain!

Mahadhir sendiri sewaktu menjadi Perdana Menteri,tidak mempertahankan tanah rezab melayu. Malah berasa malu dan menganggap orang-orang Melayu ini sama seperti Red Indian di Amerika!

Dia lupa selama 22 tahun jadi PM adalah atas undi dan sokongan orang-orang Melayu yang dikatakan serupa Red Indian!

MASA UNTUK BUKTIKAN BANGSA JOHOR TINGGI SETIANYA !

Ternyata dalam tempoh masa lima tahun ini,Datok Mohamed Khaled Bin Nordin telah berjaya menjadikan Johor satu-satunya negeri yang mempunyai keluasan TRM yang tertinggi iaitu 29.8%.

Sementara di Selangor semakin menyusut iaitu 20.2% sahaja.Lebih malang nasib Melayu di Pulau Pinang iaitu 0% ! Jelas betapa rakusnya pentadbiran DAP dan tidak mungkn perkara yang sana akan berlaku di Johor jika Pakatan Harapan berkuasa!

Sememangnya DAP dan sekutunya amat mengidamkan tanah-tanah rizeb Melayu di Johor.Maka tidak hairanlah berbagai tipu helah dan fitnah serta hasutan yang bertali arus dihamburkan kepada rakyat dengan menanam sifat kebencian kepada kerajaan yang ada.Hari ini DAP sedang mengelirukan pengundi Melayu dengan menggunakan logo PKR.Sedarlah memilih PKR serupa memilih DAP !

Jangan gadai masa depan anak cucu kita !

Kepada Bangsa Johor,jangan biarkan walau seinci tanah ini dijajah oleh DAP dan sekutunya.Jika benar bangsa Johor tinggi setianya,buktikan dan peganglah titah raja,usah sekali-kali menderhaka,kelak diri yg akan merana.

TUN MUTAHIR

Leave a Reply