DAP Gembira Berjaya Pecah-Belahkan Orang Melayu

DAP Gembira Berjaya Pecah-Belahkan Orang Melayu

PONTIAN 4 Mei – DAP gembira apabila strategi lambang roket berselindung di sebalik logo ‘mata’ PKR berjaya memecah-belahkan orang Melayu, apatah lagi dengan penyertaan Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam gabungan pembangkang.

Pengerus Biro Teknologi Maklumat (IT) dan Media Sosial UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, orang Melayu perlu berhati-hati dengan muslihat yang dibawa oleh DAP untuk menawan Putrajaya.

Beliau berkata, DAP adalah parti sebenar yang mengetuai gabungan pembangkang PKR, bukannya Mahathir atau Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail berdasarkan kerusi Parlimen yang dimenangi DAP pada PRU-13 sebanyak 37, PKR (27), PAN (6) dan PPBM (1).

“Walau apa pun hasrat dan tujuan Tun Dr. Mahathir bergabung dengan pembangkang, beliau tetap dianggap telah dipergunakan oleh DAP bagi memecah-belahkan orang Melayu dan menarik undi mereka,” katanya selepas menghadiri majlis yassin dan tahlil anjuran Kelab Usahawan Sahabat Ikhtiar Pontian (KUSIP) di Dewan Orang Ramai Ayer Baloi, di sini sebentar tadi. – Utusan

 

Leave a Reply