Pelan Penempatan Semula Beri Kegembiraan Pada Penduduk Taman Sinaran Kempas

Pelan Penempatan Semula Beri Kegembiraan Pada Penduduk Taman Sinaran Kempas

JOHOR BAHRU, 3 Mei  – Usaha kerajaan Johor di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) menyelesaikan isu penempatan penduduk Taman Sinaran Kempas ke kawasan baharu di Larkin memberi?????? kegembiraan kepada penduduk yang setelah sekian lama menanti.

Mereka kini boleh menarik nafas lega apabila Menteri Besar Mohamed Khaled Nordin mengumumkan?????? pelan  penyediaan penempatan semula bagi menyelesaikan isu berkenaan semasa majlis pelancaran Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) di Larkin pada 29 April lepas.

Penduduk Taman Sinaran Kempas asalnya ialah mereka yang mendiami Kampung Ungku Mohsin di sini, namun pada 1999, terpaksa dipindahkan kerana kawasan itu dibangunkan bagi landasan kereta api.

Suri rumah, Kamisah Ismail, 52, kini boleh tersenyum lebar sebaik pengumuman itu dibuat kerana sudah lama mengimpikan untuk kembali ke tempat asalnya di Larkin setelah hampir 18 tahun bermastautin di Taman Sinaran Kempas.

“Bersyukur, kerajaan negeri sangat mengambil berat mengenai permasalahan rakyat serta prihatin terhadap keperluan penduduk di sini,” katanya ketika ditemui Bernama.

Selain itu beliau  berharap pengaruh gelaja sosial yang sering berlaku di Taman Sinaran Kempas sebelum ini tidak terbawa-bawa ke kawasan  penempatan baharu mereka di Larkin nanti.

Mohamad Astahairi Asnan pula menyifatkan komitmen kerajaan negeri kepada rakyat tidak perlu??????? lagi dipertikai walaupun usaha menyelesaikan isu penempatan ini agak sukar.

“Isu ini nampak macam mudah namun banyak prosedur perlu dilakukan yang mengambil masa yang lama, tetapi usaha kerajaan (negeri) sehingga berjaya memenuhi kehendak kami semua amatlah saya hargai,” katanya.

Untuk rekod, sebanyak 380 unit kediaman Perumahan Komuniti Johor (PKJ) A akan dibangunkan untuk penduduk Taman Sinaran Kempas dengan harga RM30,000 seunit.

Ia yang dijangka bermula hujung tahun ini akan dilaksanakan dalam dua fasa dengan 268 unit dibina pada fasa pertama manakala 112 unit dibina dalam fasa kedua dan kedua-duanya siap sepenuhnya pada 2021.

Februari lepas, kerajaan negeri di bawah pentadbiran Mohamed Khaled juga telah menyelesaikan masalah setinggan dan penempatan mangsa banjir di tiga buah kampung di Endau menerusi peruntukan RM27.4 juta.

Seramai 156 keluarga di Endau terlibat dalam masalah perumahan di Kampung Tanjung, Kampung Jalan Bulang dan Kampung Sungai Padang sejak beberapa tahun lepas.

Manifesto BN Johor yang dibentangkan baru-baru ini turut mengariskan keperluan bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat Johor secara keseluruhannya.

Antara  lain adalah sasaran menyiapkan 100,000 rumah mampu milik menjelang 2023 dan memperluaskan skim sewa dan beli rumah berkos rendah untuk mereka yang berpendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah.

Manifesto BN di peringkat nasional juga menekankan aspek pemilikan perumahan dan hartanah, antaranya dengan menubuhkan sebuah bank khas untuk memudahkan pinjaman bagi pembelian rumah mampu milik dan kos rendah berharga RM300,000 ke bawah.

Manifesto bertemakan “Bersama BN Hebatkan Negaraku” yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang juga Pengerusi BN nasional itu turut berjanji menyediakan Skim Bantuan Sewa Perumahan Awam bagi membantu penyewa yang dikategorikan miskin dan orang kelainan upaya, serta memperkenalkan satu entiti tunggal bagi menyelaraskan inisiatif rumah mampu milik, termasuk memantau kerja pembinaan. -Bernama

Leave a Reply