Debat: Razali Sahut Cabaran Syed Saddiq

Debat: Razali Sahut Cabaran Syed Saddiq

MUAR 2 Mei – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Razali Ibrahim menyahut cabaran untuk berdebat Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Penyandang kerusi Parlimen Muar itu berkata, beliau tiada masalah untuk berdebat dengan pencabarnya itu yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) mewakili PKR.

“Jika perkara itu (berdebat) menjadi keutamaan, mengapa tidak selagi ia memberi manfaat kepada Muar dan penduduknya.

“Beritahu bila, tempat dan apa tajuknya (tetapi) hingga kini saya masih belum menerima apa-apa surat daripadanya,” katanya selepas majlis ramah-mesra dengan nelayan di Jeti Nelayan Sungai Balang, di sini sebentar tadi.

Isnin lalu, Syed Saddiq yang juga bekas Ketua Pemuda PPBM dalam satu ceramah di Parit Nawi, di sini mencabar Razali untuk berdebat. -Utusan

Leave a Reply