PASIR GUDANG MESTI KEKAL DENGAN BN !!!

PASIR GUDANG MESTI KEKAL DENGAN BN !!!

Jangan main-main dengan LIMA TAHUN ! Jangan cuba-cuba untuk LIMA TAHUN ! Kerana jangan lima tahun,lima jam srkali pun jika diberi kuasa ,macam-macam pembangkang akan lakukan !

Penat lelah 15 tahun UMNO PASIR GUDANG membangun dengan segala macam perancangan dan pembangunan akan terbantut dalam sekelip mata !
Justeru itu,PASIR GUDANG mesti kekal dikuasai oleh BN !

Tidak dinafikan dalam masa 15 tahun UMNO/BN di Pasir Gudang yang diterajui oleh YAB DATOK MOHAMED KHALED NORDIN sebagai KETUA UMNO BAHAGIAN PASIR GUDANG (2003-kini),berbagai pembangunan telah dibawa ke Pasir Gudang.

Jika dahulu Pasir Gudang hanya sebuah kawasan industri dan sebuah pelabuhan,hari ini kita dapat melihat Pasir Gudang yang padat dengan segala pembangunan insani dan duniawi.

Dengan kepadatan penduduk melebihi 400 ribu orang yang berbagai bangsa .Hidup dengan penuh harmoni tanpa kontroversi,hari ini kita dapat melihat Pasir Gudang yang Islami,Listari dan harmoni.

Kemudahan yang paling dinanti seperti UTC ,kini telahpun beroperasi.Lebuhraya Pasir Gudang kini dalam fasa akhir pembinaan daripada 4 lorong kepada 6 lorong.

Daripada tiada satu pun pusat pengajian tinggi,sejak Khaled Nordin menjadi Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang,beliau telah berjaya membawa UITM,UNIKL,Politeknik,MRSM,Sekolah Seni dan banyak lagi universiti swasta juga telah dibina di dalam kawasan Parlimen Pasir Gudang.

Soal Rumah Mampu Milik Johor dan Rumah Sewa Beli Johor sudah pun terlaksana dalam tempoh 5 tahun pertama Khaled Nordin menjadi MB Johor.

Hal-hal berkaitan tuntutan hak milik tanah juga merupakan agenda UMNO Bahagian Pasir Gudang sejak 15 tahun dahulu. Dan hari ini sepanjang 5 tahun menjadi MB Johor,Khaled Nordin tidak pernah lupa akan jasa dan pengorbanan masyarakat setinggan di kawasan Pasir Gudang.

Hari ini hampir 100% urusan hak milik tanah di kawasan Pasir Gudang berjaya diselesaikan.Begitu juga soal penempatan semula kawasan setinggan.

Dalam Dekad Baharu Johor,pastinya kehidupan masyarakat setinggan ini akan lebih selesa jika BN terus diberi mandat untuk meneruskan pembangunan yang berstrategik di Pasir Gudang.

Hari ini,hadiah paling bermakna untuk masyarakat Pasir Gudang,yang selama ini dijadikan isu oleh pihak pembangkang yang sentiasa menafikan segala macam kebaikan yang dilakukan di Pasir Gudang oleh BN.

4 Mei 2018 akan mencatat satu lagi sejarah di mana sebuah Hospital Awam akan di bina di Seri Alam.Majlis Pecah Tanah akan dilakukan oleh DATOK MOHAMED KHALED NORDIN akan melengkapkan segala kemudahan asas di Pasir Gudang.

Hospital Pasir Gudang tentunya bukan sahaja untuk manfaat orang Pasir Gudang, tetapi orang dari Tebrau, Kota Tinggi & Mersing pun akan dapat manfaatnya.

Sesuai dengan kawasan industri, hospital Pasir Gudang kelak akan menjadi pusat rujukan pakar dalam hal-hal berkaitan penyakit yang boleh didapati di kawasan-kawasan perindustrian.

Dengan Kos RM500 juta, kapasiti katil 500 katil,pasti dapat menampung jumlah pesakit yang ramai malah dapat mengurangkan kesesakan di HSI dan HSA.

Kepada pengundi-pengundi Pasir Gudang,inilah masanya untuk membantu menjayakan segala perancangan pembangunan rohani dan jasmani yang dibawa oleh BN untuk orang Pasir Gudang.

Mari kita BANGKIT ,bersama-masa Team Johor untuk memastikan kemenangan BN,bukan sahaja di Pasir Gudang tetapi seluruh negeri Johor.

#KitaPilihBiru #BersamaTeamJohor
#PasirGudangMaju #KekalBN

TUN MUTAHIR.

Leave a Reply