Semua Pekerja Adalah Team Johor – Khaled

Semua Pekerja Adalah Team Johor – Khaled

JOHOR BAHRU 1 Mei – Semua pekerja di negeri ini bukan sahaja menjadi denyut nadi yang membangunkan aspirasi Dekad Baharu Johor, malah merupakan sebahagian daripada Team Johor.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, golongan pekerja menjadi rencah penting bagi setiap adunan yang mencipta setiap kejayaan, kemajuan dan kemakmuran bersilih ganti bagi tanah air ini.

“Pekerja Berkemahiran, Peneraju Kecemerlangan Negara menzahirkan betapa pentingnya menjadi peneraju yang berketrampilan dalam mengolah masa depan Malaysia yang lebih maju dan gemilang.

“Maka, atas sebab itu, kerajaan sentiasa menghargai setiap keringat yang tumpah daripada warga pekerja,” katan-ya dalam mesej sempena sambutan Hari Pekerja, hari ini.

Menurutnya, penghargaan hadir dalam pelbagai bentuk dan tidak hanya ganjaran, perlindungan sosial dan perundangan serta imbuhan yang setimpal, malaj turut dirakamkan dengan sambutan Hari Pekerja saban tahun.

 

Leave a Reply