Semangat BN Pertahan Pagoh Luar Biasa

Semangat BN Pertahan Pagoh Luar Biasa

PAGOH 30 April – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein kagum dengan semangat dan keyakinan ahli-ahli parti khususnya jentera Barisan Nasional (BN) Bahagian Pagoh sekali gus yakin mereka mampu mengekalkan semua kerusi di kawasan Parlimen Pagoh.

Beliau akan memaklumkan perkembangan tersebut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; timbalannya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang sentiasa mahu mengetahui setiap perkembangan di Pagoh.

“Saya kagum dan amat teruja dengan semangat yang luar biasa ditunjukkan oleh jentera Jalinan Rakyat (JR) Pergerakan Wanita, Puteri dan Pergerakan Pemuda UMNO di sini yang begitu komited untuk memenangkan calon-calon BN.

“Saya akan sampaikan perkembangan ini kepada kepemimpinan tertinggi UMNO,” katanya ketika berucap di Pusat Daerah Mengundi Bukit Treh di sini hari ini.

Menurut Hishamuddin yang juga Menteri Pertahanan, tiada satu pun pusat daerah mengundi (PDM) yang ditutup bahkan semua cawangan UMNO bergerak sebagaimana diharapkan.

“Saya akan turun bersama-sama memastikan calon-calon BN menang dan semua pengundi putih keluar pada hari pengundian 9 Mei ini untuk memastikan kemenangan calon BN,” tambahnya.

 

Leave a Reply